16 May 2011

Kisah Hari Guru 2011


Alhamdulillah, sambutan hari guru 2011 telah selamat diadakan pagi tadi. Sebelum acara bermula, sesi fotografi telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Dalam entri yang lepas, saya ada maklumkan tentang baju sempena hari guru. Lihatlah wajah ceria guru-guru perempuan yang memakai baju baru berwarna hijau :)

Guru-guru yang diraikan
Persembahan guru perempuan
Selain itu, banyak juga hadiah diterima oleh pihak sekolah sempena hari guru seperti kek, pulut kuning, kad ucapan hari guru dan tidak lupa juga hadiah dari anak-anak murid.

Kek sumbangan YB Dr Mohammad Khir Toyo dan isteri
Pulut kuning dari YB Abdul Rahman
Kad ucapan hari guru dari Bank Rakyat
Hadiah dari anak-anak murid. Terima kasih semua :)

Tahun ni saya tidak berapa 'bertuah' kerana tidak mendapat hadiah semasa cabutan bertuah seperti kisah hari guru 2010. Apa-apa pun sambutan pada tahun ini sangat meriah kerana buat pertama kalinya lagu baru sekolah diperdengarkan kepada semua oleh guru-guru perempuan.

* Terima kasih kepada kawan-kawan & anak murid yang mengucapkan selamat hari guru melalui facebook & SMS.


5 comments:

  1. wah.. banyaknye terima hadiah.. selamat hari guru..

    ReplyDelete
  2. phycrewz & fairus : terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Salam.. Selamat Hari Guru ! Bestnye.. Thn ni x dpt smbot hri guru at SAMTAJ.. Rse cdeyh cgt..

    ReplyDelete
  4. salam singgah... cupcakes pun ada.. byk gamba2 sekolah.. rindu plak nk g sekolah

    ReplyDelete