Tema Hari Guru 2011 : Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

Tinggal beberapa hari saja lagi Hari Guru bakal tiba. Tema Hari Guru pada Tahun 2011 : Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara. Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching Sarawak dan bakal dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyuddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Untuk membaca teks ucapan :

- Perutusan Khas Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Guru Tahun 2011, sila click SINI

- Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011, sila click SINI

Pada tahun ini sekolah saya akan mengadakan sambutan Hari Guru pada tarikh 16 Mei 2011 (Isnin). Seperti biasa, sudah pasti guru-gurulah yang paling gembira pada hari tersebut kerana bakal diraikan oleh anak-anak murid. 

Tahun ini, guru-guru sudah mula menempah baju bertemakan warna hijau (sila lihat entri kisah hari guru 2011).  Pada tahun lepas, guru-guru memakai baju batik berwarna coklat.

 
Lihatlah wajah ceria guru-guru sekolah saya


Kepada semua guru di Malaysia, saya ingin mengucapkan :

"Selamat menyambut Hari Guru.
Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara.."

Post a Comment

0 Comments