SBPA : Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Bagi Perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM

Mulai hari ini, laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang memberi tumpuan utama kepada perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Sila click link atau gambar di bawah untuk terus ke laman web tersebut :



Di sini saya nyatakan serba sedikit intipati Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 - Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan :

* Anda dinasihatkan supaya muat turun Pekeliling ini dan membacanya untuk lebih faham.

Terkini : Sila rujuk Lampiran C SBPA : Guru Gred DGA29, DGA32, DGA38, DG41, DG44, DG48 dan DG52

PENGGELARAN GRED JAWATAN/ GRED GAJI

14. Penggelaran gred jawatan/ gred gaji dikemas kini selaras dengan pembentukan Jadual Gaji Sebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM). Penggelaran gred jawatan/ gred gaji ini adalah berasaskan syarat kelayakan masuk minimum yang ditetapkan atau yang setara dalam skim perkhidmatan. Setiap peringkat kelayakan masuk minimum diperuntukkan kod seperti di Jadual 2.


15. Pembentukan gred jawatan/ gred gaji baru ini adalah berdasarkan kombinasi antara kod kelayakan masuk minimum dengan kod gaji. Kod pertama bagi gred jawatan merujuk kepada kelayakan masuk minimum, manakala kod kedua merujuk kepada gred gaji. Pemindahan gred jawatan/ gred gaji sekarang kepada gred baru bagi perkhidmatan pendidikan adalah seperti di Jadual 3.


* Imbuhan Tetap, Elaun, Kemudahan Dan Bonus bagi KPPM adalah seperti di Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011.

Kemajuan Kerjaya

20. Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan pendidikan dan mengambil kira keunikan fungsi tugas PPP, maka kaedah kenaikan pangkat time-based sedia ada, diberi nafas baru di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan tempoh perkhidmatan dipendekkan berteras Standard Guru Malaysia.

21. PPP terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru seperti di Jadual 4.

 

TARIKH KUAT KUASA

113. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012

Post a Comment

6 Comments

  1. Yang tentang gaji tu...mana cikgu dapat sumber tu ya?..dalam pekeliling bil 13/2011 tu...lampiran C yang menyentuh tentang gaji tak dilampirkan sekali pun...atau memang cikgu dah dapat lampiran c tu..boleh 'syer'kan tak lampiran c dalam pekeliling 13/2011 tu..terima kasih!

    ReplyDelete
  2. thanks cikgu laili....

    info yg bernas..

    ReplyDelete
  3. banyak betul tentang kenaikan gaji.. tapi aku musykil sikit bab elaun.. dikekalkan ke? atau dihapuskan.. tolong jelaskan sikit.... napa dia tak sebut langsung tentang elaun ni... tak kan semua gred elaun sama...

    ReplyDelete
  4. untuk imbuhan tetap, elaun, kemudahan & bonus kena rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011

    ReplyDelete
  5. maksudnya....semua yang nak naik dg 1-4 kene jadi penolong kanan ke?sebab tak ada dalam kategori guru biasa.pls answer...

    ReplyDelete
  6. ontah...tapi dlm SSM tidak semestinya GPK, guru cemerlang pun naik DG48-DG54 juga

    Masih kabur ...SBPA

    ReplyDelete