Novel Ombak Rindu - Hadiah Buat Suami

Selesai main bowling di Mega Lanes, Kuala Selangor petang semalam, saya hadiahkan novel Ombak Rindu ini buat suami. Novel ini mempunyai 563 muka surat manakala harganya pula RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM22.90 bagi Sabah & Sarawak. Kami tak berminat untuk menonton filem Ombak Rindu yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia - cukuplah sekadar membaca novel ini :)

Status facebook suami pada 6/12/2011

Sinopsis Novel Ombak Rindu

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Post a Comment

5 Comments

  1. Sama la kak.. Nur pun tak sempat pergi menonton. Cover baru novel ni dah ada gambar pelakon2 filem Ombak Rindu, ternampak masa lalu di kedai buku tempoh hari.

    ReplyDelete
  2. salam.
    bestnyer dpt belikan hubby novel.
    saya sendiri saya beli baca sendiri, tp pakai duit hubby...hehe

    ReplyDelete
  3. Nur : kami mmg tak minat nak tgk sebab ada aksi 18sx. hehe!

    Aynora Nur : w'salam. ok juga tu, kira hadiah suami untuk anda.

    suami dah banyak tunaikan permintaan saya sejak mengandung kali ke-2 ni jadi hadiah novel ni sebenarnya tak setanding dgn apa yg telah beliau berikan..

    ReplyDelete
  4. Tak tahu apa kandungan novel tersebut coz mmg xmnat bca novel :P

    ReplyDelete
  5. Prince : nnt saya update sinopsis novel ni ye :)

    ReplyDelete