Permohonan KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012

Terkini : Semakan Panggilan Temu Duga KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012 mulai 4 Disember 2011.


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM dan tempoh pengajian selama 1 1/2 tahun (18 bulan). Tarikh tutup permohonan pada 9 Oktober 2011 (Ahad).


 Calon-calon hendaklah :
  • Warganegara Malaysia
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental 
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.  
 Keutamaan : 
  • Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas
  • Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan
  • Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan
  • Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara 

* Untuk maklumat lanjut, sila click sini.

Post a Comment

1 Comments