ciklaili.com Bertemu Ning Baizura, Ana Raffali dan Sixth Sense

Saya tidak pernah bermimpi untuk berjumpa penyanyi kegemaran saya - Ning Baizura, apatah lagi untuk bergambar bersama. Jemputan istimewa yang suami terima dari Universal Music Malaysia dan Celcom sempena Celcom Unplugged 2011 di Bora Ombak, Ampang pada hari Ahad (25 September 2011) telah menemukan saya bukan sekadar Ning Baizura malahan 3 penyanyi lain iaitu Ana Raffali, kumpulan Sixth Sense dan Meet Uncle Hussain. 

Kami sekeluarga sepakat memakai baju kuning pada hari tersebut (suami & Amir memakai jersi Arsenal berwarna kuning) yang hampir-hampir dengan nama Ning (kuning). Sayalah yang paling seronok bila dapat bersalaman dan bergambar sebaik saja Ning masuk ke dalam Bora Ombak (inilah namanya rezeki orang mengandung 5 bulan. hihi). Selain itu, saya juga berjaya menjawab soalan yang diajukan tentang Ning dan mendapat hadiah CD Ning Baizura.

Bersama Ning Baizura


Bersama Ana Raffali


Bersama Ning Baizura, Ana Raffali dan Sixth Sense


* Memang bestlah dapat berjumpa, beramah mesra dan mendengar mereka menyanyi secara live :)

Post a Comment

3 Comments

  1. wah sonok ye kak dpt jupe n bergambar ngan artis kegemaran.. bkn selalu dpt peluang camni kan..

    ReplyDelete
  2. ct rahani : ha'a..macam mimpi je. rupanya realiti :)

    ReplyDelete