Amanah Raya : Wasiat Terakhir

Minggu lepas saya telah menerima sepucuk surat yang tertera lambang Amanah Raya. Fikir punya fikir bila masa pula saya mendaftar dengan Amanah Raya, akhirnya saya teringat yang saya pernah mengisi borang semasa pergi ke salah sebuah bank di tempat saya.


Inilah isi surat yang saya terima.

 

Sebenarnya saya belum pun merangka sebarang wasiat (macamlah banyak sangat harta yang ada. hehe!). Agak-agak apalah yang perlu saya wasiatkan?

Apa itu Wasiat

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat

Wasiat Islam
  • Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  • Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.
Mengapa Wasiat itu penting

Berwasiat merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan Pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup. Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian.

Faedah Penulisan Wasiat
  • Pelantikan Wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
  • Dapat menzahirkan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.
  • Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
  • Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.
  • Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Paling teruja bila terima kad wasiat yang diberikan secara percuma oleh Amanah Raya. Untuk maklumat lanjut tentang Amanah Raya, sila click sini.


Post a Comment

0 Comments