E-mail Dari maybank2u.com Yang Tidak Boleh Dipercayai

Hari ini saya membaca satu persatu e-mail yang dihantar kepada saya. Dalam banyak-banyak e-mail yang diterima, saya tertarik kepada e-mail yang dhantar oleh maybank2u. Jika anda pernah membaca entri saya sebelum ini : 9 kaedah digunakan penjenayah siber, saya ada nyatakan tentang 
2. Phishing website (laman web palsu)

Penjenayah menggunakan laman web palsu menyerupai sesuatu organisasi perbankan untuk mendapatkan maklumat akaun serta kata laluan perbankan mangsa. Kebiasaannya orang ramai dihubungi menerusi e-mel yang meminta supaya membuka alamat pautan (link address) bagi tujuan mengemas kini akaun perbankan online mereka.


Menerusi data dimasukkan oleh mangsa, penjenayah membuka akaun milik mangsa secara talian dan memindahkan wang kepada akaun pihak ketiga sebelum mengeluarkan wang berkenaan.

* Saya selalu menerima e-mel dari laman web palsu maybank2u. Apa yang saya buat, saya biarkan saja e-mel tersebut & tak perlu respon apa2 :)
Kalau anda juga menerima e-mail yang sama, saya nasihatkan supaya anda abaikan saja dan boleh terus delete. Saya sengaja click dibahagian clicking here pada e-mail tersebut dan dapati bahawa alamat laman web tersebut sangatlah tidak boleh dipercayai dan dilaporkan sebagai web forgery!

 


* Kepada pengguna maybank2u, berhati-hatilah ye!


Post a Comment

2 Comments

  1. dah pnh keluar tv isu ni...maybank takkan suruh update ape2 detail thru email...yg klakarnyer tiber2 dpt email dr bank yg tk pnah akak daftar, bg email..pelik sunggohla..

    ReplyDelete
  2. emails that say login problems are always a scam!

    ReplyDelete