Keputusan SPM 2010 Diumum 23 Mac 2011

Rasanya sudah ramai yang tahu bilakah tarikh keputusan SPM 2010 bakal diumumkan  iaitu pada 23 Mac 2011 (Rabu). Pelajar boleh mendapatkan keputusan SPM 2010 di sekolah masing-masing bermula pada jam 10.00 pagi pada hari berkenaan. Sedikit petikan dari akhbar NST :

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23.

Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.

Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.

Sebelum ni memang banyak spekulasi yang timbul tentang tarikh keputusan SPM 2010. Saya sendiri tidak berani memberikan tarikh ramalan, jadi setelah berita ini keluar, barulah entri ini dibuat (tinggal lebih kurang seminggu sebelum tarikh pengumuman).

 

Sebagai salah seorang guru yang mengajar calon SPM tahun lepas, saya sendiri sudah mula terasa debaran menunggu keputusan SPM ini. Tahun lepas, saya telah berusaha memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid yang dikasihi. Mudah-mudahan usaha saya tahun lepas akan dibalas dengan kejayaan. Amin..

Post a Comment

4 Comments

  1. terima kasih inform. x sabar nak ambil tp rasa berdebar jugak. hu3

    ReplyDelete
  2. Akhirnya tarikh keputusan SPM 2010dah ditetapkan pada tarikh tu.. Berdebar juga ni..

    ReplyDelete
  3. @ChuyRy™ sama-sama. debaran mesti ada. maklumlah..SPM adalah tiket utk meneruskan kehidupan yang lebih cerah

    ReplyDelete
  4. @nba-Nur ha'a..tahun ni keputusan SPM keluar agak lewat juga berbanding tahun lepas. mudah2an ramai yg dpt keputusan cemerlang :)

    ReplyDelete