5 Sebab Mengapa Seseorang Perlu Mempunyai Blog

Zaman sekarang boleh dikatakan setiap orang memiliki blog masing-masing. Dari pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, cikgu, pegawai, peniaga, suri rumah dan tidak mengira latar belakang pendidikan dan pekerjaan, seseorang mampu menghasilkan sebuah atau lebih blog. Di sini saya senaraikan 5 sebab mengapa seseorang perlu mempunyai blog :


1. Blog dibaca oleh semua

Jika anda seorang yang gemar menulis novel, melukis potret, mengambil gambar dan sebagainya, hasil kerja anda tidak akan dibaca  dan dilihat oleh umum sekiranya tidak diterbitkan 'publish' di dalam blog. Paling tidak, pembaca blog anda akan memberikan komen, pujian ataupun kritikan membina setelah membaca dan melihat hasil kerja itu. 

2. Blog boleh menjana pendapatan pasif

Sudah berapa ramai yang menjana pendapatan melalui blog. Lihat saja blogger seperti RedMummy yang mampu menjana pendapatan yang tinggi hasil dari berblog. Alhamdulillah, saya sendiri telahpun merasa hasilnya :)

3. Blog sebagai pengganti dairi

Blog jenis ini lebih kepada blog peribadi yang mana  entri blog berkisar tentang aktiviti seharian dan pengalaman blogger sendiri. Untuk lebih menarik, gambar-gambar juga dimuatkan sekali. Secara tak langsung, blog jenis ini membolehkan kawan-kawan atau keluarga mengetahui perkembangan terkini tentang diri anda.

4. Blog sebagai kedai online dan berkongsi maklumat

Jika anda mempunyai perniagaan, tak kiralah perniagaan jenis apa pun (pakaian bayi, tudung, buku, perkhidmatan dan lain-lain lagi) blog adalah medium yang sesuai digunakan untuk mempromosi dan memperkembangkan perniagaan anda. Saya sendiri suka online shopping kerana menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu, blog juga tempat untuk berkongsi maklumat termasuklah resepi, panduan kecantikan, cara memakai shawl dan sebagainya.

5. Blog boleh menambah kawan dan kenalan

Percaya atau tidak, dengan berblog anda akan menambah bilangan kawan dan kenalan dari seluruh pelusuk dunia. Bak kata pepatah, berkawan biar beribu. Pengalaman saya bertemu dan ditegur oleh blogger kak Ina KL dan YanaYassin  di satu majlis yang dihadiri memang tak boleh saya lupakan.

* Walaupun anda bebas menulis apa saja di dalam blog, jadilah blogger yang mempunyai identiti sendiri dan jangan jadi blogger copy paste.

Post a Comment

10 Comments

  1. stuju dgn point 5, blog tmbh rmaii knalan..rmai dh kwan blogger say..hehe

    ReplyDelete
  2. setuju smuanya..

    blogger prlu de identiti sendri, begitu juga dgn karyanya..tgk tulisn pun dah bleh agak.

    ReplyDelete
  3. @Mr. Kerro salam perkenalan (kan dah tambah seorang lagi kawan)

    @Nur Fannun kalau asyik copy paste blog blogger lain, tu namanya takde identiti..hehe!

    ReplyDelete
  4. no 6

    nak ada blog sebab orang lain ada blog. saya takmo kalah.takmo org kata tak up to date. :D

    ReplyDelete
  5. blog bnyk memberi maklumat dan info.
    Memperkaya minda..

    ReplyDelete
  6. @antudegil boleh dterima juga :)

    @Haz setuju

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan point #5. Dengan blog, kita dapat berkenalan dengan rakan2 blogger yang lain. Contohnya seperti apa yang sedang berlaku ketika ini.

    Tetapi disebabkan point #2 itulah berlakunya lambakan blog di dunia Internet. Dan kebanyakkan blog yang baru suka menggunakan Teknik CPP dan ianya sangat2 tidak professional.

    ReplyDelete
  8. pada asalnya saya berblog untuk bisnes tapi secara tak langsung dapat ramai kawan. hehehe

    ReplyDelete
  9. blog jadi tugas kuliah sekarang.. :)

    ReplyDelete