Amir mula ke sekolah

Hari ini saya agak teruja sedikit kerana hari ini merupakan hari pertama anak kesayangan kami, Amir akan melangkahkan kaki ke sekolah. Kalau ke sekolah ibunya dah banyak kali Amir ikut tapi hari ini memang betul-betul Amir akan ke sekolahnya. Mungkin ramai yang akan bertanya - mengapa lewat sangat baru nak masuk sekolah? 

Jawapannya : kami suami isteri tak rancang pun untuk hantar tahun ni, tapi cikgu di sekolah tu benarkan kalau Amir nak masuk akhir tahun. Kira ada masa untuk Amir nak sesuaikan dirilah. Masa mula-mula bersembang dengan cikgu tu, rasa ada benarnya juga. Mungkin ini peluang yang jarang kanak-kanak lain dapat. Amir pula dah dapat peluang keemasan ni, takkan nak lepaskan, kan?

Kebetulan pula tarikh hari ini 27/9/2010 genap sebulan  lagi untuk Amir sambut harijadinya yang ke-4. Ibu yang memang suka ingat tarikh2 penting ni apalagi..gembira sangatlah. Ini dia wajah keluarga saya pada hari raya pertama (2010). 

Ayah, Amir & ibu

Post a Comment

4 Comments