Ramadan Al-Mubarak


Sedar tak sedar, lebih kurang seminggu saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak. Bagi saya, kedatangan bulan puasa kali ni lebih bermakna kerana kami telah selamat berpindah ke kawasan kejiranan baru, tidak jauh dari rumah kami sebelum ini. Bercerita tentang persiapan raya, baju raya kami tahun ni bertemakan warna ungu. Anda pula bagaimana? 

Macam tahun2 sebelum ni, kami akan membuat persiapan di rumah sendiri & selepas sembahyang raya barulah pergi ke rumah ibu mertua & kemudian ke rumah ibu bapa saya. Dah semestinya raya di rumah ibu bapa saya lebih meriah kerana waktu inilah kami adik beradik  (10 orang semuanya) dapat berkumpul bersama abah & mak, ipar duai & ditambah pula dengan 8 orang anak buah yang ada. Memang meriah..

** selamat menyambut bulan Ramadan & menjalani ibadah puasa :)

Post a Comment

0 Comments