Esok Gathering GengBlogger

Masa blogwalking ke blog kak Jie (sangat2 suka dengan wajah baru blog beliau), saya baru teringat yang esok adalah 10 Julai 2010 di mana akan diadakan Gathering GengBlogger yang bertempat di Putrajaya Challenge Park (sebelum ni sepatutnya di Taman Tasik Putra, Putrajaya). 



Pada yang belum tahu tentang gathering ni, ini ada sedikit maklumat tentang gathering tersebut.


Nama : GengBlogger Gathering
Tarikh : 10 Julai 2010
Tempat : Putrajaya Challenge Park, Presint 5, Putrajaya 
Masa : 9 am hingga 5 pm
Tentatif :
9.00-10.00 am : Pendaftaran peserta
10.00-1.00 pm : Aktiviti luar Blogger
1.00-3.00 pm : Rehat, makan dan solat
3.00-4.00 pm : Perkongsian dari senior blogger
4.00-5.00 pm : Sesi bergambar

Anda juga boleh terus singgah ke blog joegrimjow untuk membaca entry sticky mode beliau : Jom ke Gathering GengBlogger. Entry tersebut sangat  membantu bagi mereka  yang akan hadir kerana ia lengkap dengan peta, video & tentatif gathering.



Sebenarnya saya sangat2 teringin untuk pergi ke gathering GengBlogger & sudah mengesahkan kehadiran saya bersama suami sebelum ini. Tapi besar kemungkinan kami tidak dapat hadir ke sana atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan (sedang sibuk dengan urusan pindah rumah baru)

"Saya minta maaf pada kawan2 GB yang hadir. 
Insya Allah ada rezeki kita akan berjumpa suatu hari nanti."
 

Post a Comment

4 Comments

  1. teringin nak join..tp segan sbb blogger baru..segan ngn blogger senior..hhi

    ReplyDelete
  2. kite pun maybe tak dapat pegi gaklah. esok ade hal la plak

    ReplyDelete
  3. malu2 kucing ye dean?

    samalah kita CikLilyPutih..

    ReplyDelete
  4. Tak tahu bila ada rezeki untuk join gathering sebegini.

    ReplyDelete