Baru tahu Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

Salam & selamat pagi semua. Pagi tadi, semasa bersiap ke sekolah, saya tertanya2 siapakah juara Piala Dunia 2010 : Sepanyol atau Belanda? Kenapa nampak sangat macam saya tak tahu sedangkan satu dunia dah tahu Sepanyol adalah juara Piala Dunia tahun ni. 

Sebenarnya malam tadi saya tak menonton pun perlawanan akhir Piala Dunia.  Balik dari rumah mertua, saya mencari2 di manakah hilangnya remote control TV. Dari pukul 8.00 hingga ke 10.30 malam tak jumpa. Puas mencari, akhirnya saya akur kena duduk diam sorang2. Amir dah tidur lepas Maghrib & suami pula ada hal di luar. Bila rasa mengantuk, saya pun tidur. Ruginya tak dapat tengok perlawanan akhir Piala Dunia :(

Pagi tadi, saya dengar celoteh Fara Fauzana, Faizal Ismail & AG di radio Hot.Fm dalam perjalanan ke sekolah. Dari celoteh mereka, akhirnya saya dapat tahu yang Sepanyol adalah juara menewaskan Belanda.

PEMAIN Sepanyol meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Dunia 2010 FIFA mengalahkan Belanda di peringkat akhir di Stadium Soccer City, Johannesburg, awal pagi ini. - Foto AFP

JOHANNESBURG: Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 selepas menewaskan Belanda 1-0 pada perlawanan akhir di Soccer City. Gol kemenangan juara Eropah itu dijaringkan Andres Iniesta pada minit ke-116.

Sumber : Berita Harian Online

Post a Comment

1 Comments