5 Firdaus johan Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas

Ingat lagi entry saya tentang blog 5 Firdaus 2010? Hari ni bukan nak cerita tentang blog tapi saya nak kongsi kegembiraan kerana kelas 5 Firdaus telah berjaya menjadi johan Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas bagi minggu ini.  Saya sendiri tidak menjangka kelas kami akan menang minggu ini, jadi tak sempatlah nak ambil  sebarang gambar. Insya ALLAH lain kali saya akan buat entry istimewa untuk anak2 murid pula.

Inilah sijil yang diterima oleh ketua kelas semasa perhimpunan sekolah diadakan.

 kredit untuk blog 5 Firdaus

Ucapan dari guru kelas 5 Firdaus (sayalah tu) :

"Tahniah untuk semua yang sama2 menjadikan kelas kita sebagai johan 
 Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas bagi minggu ini.
Moga terus berjaya menjadi johan kelas tercantik setiap minggu."
 

Post a Comment

3 Comments

  1. masa saya belaja sek rendah dulu penh juge menang kelas terbish.. banyak kali.. :)

    ReplyDelete
  2. kelas bersih & cantik akan jadikan murid lebih seronok utk belajar

    ReplyDelete
  3. SUME NIE ATAS KERJASAMA ANTARA SUME AHLI 5 F...
    N SOKONGN DRI GURU2.. TRUTAMA GURU KLAZ YG T`SYG......

    ReplyDelete