Adakah Entri Blog Anda Diplagiat?

Pada awal pembabitan saya dalam dunia blog iaitu pada bulan Ramadan tahun 2009, saya tidak pernah terfikir untuk terlalu serius dalam  penulisan. Pada ketika itu sudah ramai yang mempunyai blog sendiri dan boleh dikatakan kebanyakan blog adalah berbentuk blog peribadi. 

OKlah, terus kepada tajuk entri - adakah entri blog anda pernah diplagiat/ditiru? Maksud di sini, adakah orang lain mengambil isi kandungan blog anda dan ditulis semula ke dalam blog mereka . Untuk mengetahuinya anda hanya perlu ikut langkah berikut :


1. Pergi ke lman web http://www.copyscape.com/.
2. Masukkan URL blog anda.
3. Tunggu & lihat keputusannya.

Macammana? Dapat kesan apa-apa tak? 

Anda juga boleh meletakkan banner seperti gambar di bawah ini untuk memaklumkan kepada orang lain bahawa blog anda dilindungi dan tidak boleh ditiru :)



Post a Comment

9 Comments

  1. wah..baru tau ada pasal nie..

    jap2 nak skod jap..

    hehe..

    ReplyDelete
  2. kalau entry saya dicopy paste saya tak kisah tapi dengan syarat bagilah kredit kecuali entry agama. itu tak apa, copylah banyak2 pun. pahala bercambah

    ReplyDelete
  3. wa... ramai dah copy entry saya... tanpa pengetahuan saya... sabor je la... tqvm cik laili ats information berguna ni...

    ReplyDelete
  4. saya pun setuju dengan sdri lizz, blh cpy entri di blog saya tapi nyatakkn sumber link tersebut..

    ReplyDelete
  5. memang ada yg copy n paste. tak kisahlah. samaada bagi kredit atau tak. tapi jgn cuba nak saman2 saya pula. sbb dah mmg tertulis pada tarikh sala yg buat post entri dahulu

    ReplyDelete
  6. memang selalu kean copy pun. sabar ajelah..

    ReplyDelete
  7. leli, saya ada copy artikel baru pasal tawaran ke SBP... utk makluman student saya... tp ada bg kredit... automatik kredit tu ada kt bawah... tkasih...

    ReplyDelete