Resepi Tauhu Sumbat dan Sos Cili

Antara resepi yang mudah disediakan untuk dihidangkan semasa minum petang atau sebagai juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan adalah Tauhu Sumbat dan Sos Cili. Di dalam entri ini saya kongsikan resepi yang mudah ini untuk dicuba oleh semua pembaca blog ciklaili.com.

Resepi Tauhu Sumbat 


Bahan-Bahan :

7 keping tauhu
1 batang timun 
1/2 biji sengkuang
1 batang lobak merah
1 biji cili besar
Taugeh 
Minyak untuk menggoreng 

Cara menyediakan Tauhu Sumbat :


1. Goreng tauhu hingga masak. Angkat dan biarkan seketika.


2. Sementara tu, hiriskan timun, sengkuang, lobak merah dan cili besar. 

3. Celurkan taugeh dan toskan.


4. Belah tauhu menjadi bentuk segitiga dan bahagian tengah tauhu dibelah sedikit (seperti bentuk poket).


5. Masukkan sayuran ke dalam belahan tauhu.




Resepi Sos Cili 

Bahan-Bahan :

5 tangkai cili merah
4 tangkai cili kering (cuci dan rendam dengan air panas)
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air atau secukupnya
Gula dan garam secukup rasa 
1 biji jus limau kasturi

Cara menyediakan Sos Cili :


1. Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.


2. Masakkan sos sehingga pekat. Perisakan dengan gula dan garam.


3. Campurkan jus limau dan kacau rata. 


4. Sedia dimakan bersama tauhu sumbat yang telah disediakan tadi.


Selamat mencuba!

Post a Comment

5 Comments

  1. Ooo ada rupa macam sandwich jugak. Hidangan yang sihat ni dengan fresh vegetables and protein.

    ReplyDelete
  2. wah sedap tauhu sumbat ni. :)

    ReplyDelete
  3. suka sesgt tauhu sumbat

    ReplyDelete