05 April 2016

Selamat Datang Puteri Kecil ciklaili.com

Bagi anda yang mengikuti perkembangan blog ciklaili.com tentu perasan pada tahun lepas (tahun 2015) blog ini amat jarang di'update'. Ini disebabkan kesibukan saya dengan tugasan seharian dan ditambah pula dengan berita gembira buat kami sekeluarga apabila saya telah disahkan mengandung anak ketiga pada hari raya aidil fitri 2015, jadi mood untuk menulis blog agak ke laut sedikit. 

Tarikh jangkaan bersalin (EDD) anak ketiga ini adalah pada 22 Mac 2016. Tidak seperti mengandung anak kedua yang mana saya tetap bekerja sehingga tiba hari bersalin (overdue 4 hari), kali ini saya memilih untuk mengambil cuti lebih awal dan cuti bersalin selama 90 hari (nak berehat secukupnya). Insya Allah seminggu sebelum hari raya aidil fitri 2016 saya akan kembali bertugas di sekolah.

Seperti dua orang anak sebelum ini, saya tidak merasai tanda-tanda bersalin pada tarikh jangkaan. Oleh kerana kandungan telah berusia 40 minggu, jadi saya perlu ke klinik pada setiap hari untuk memeriksa jantung bayi. Pada 27 Mac 2016, saya mula rasa sedikit sakit bersalin pada jam 9.00 pagi. Pada waktu itu saya masih melakukan aktiviti suri rumah dan pada jam 12.00 tengahari, barulah kami sekeluarga bersiap-siap ke hospital memandangkan rasa sakit semakin kerap. 

Syukur alhamdulillah, proses kelahiran anak ketiga ini dipermudahkan oleh-Nya seperti kelahiran anak pertama dan kedua. Proses bermula pada jam 1.45 tengahari dan pada jam 2.30 petang saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan merupakan puteri pertama dalam keluarga kami. Yang lebih manis, kelahiran bayi ini merupakan hadiah dari-Nya sempena ulangtahun kelahiran suami saya pada 25 Mac yang lalu.

Terima kasih diucapkan kepada suami, ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan semua yang mendoakan kesejahteraan saya dan puteri kecil kami.

Memperkenalkan puteri kecil ciklaili.com :


Nama : NUR HANA FATIHAH
Tarikh / Masa Lahir : 27 Mac 2016 (Ahad) / 2.30 petang
Berat : 2.91 kg


Inilah gambar terbaru Hana (7 bulan)


25 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah!!! Agak macam terperasan juga, jarang nampak...tertanya-tanya juga ke mana menghilang...Welcome back! Comellll geram Aunty tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hilang ke mana, ada je. Mood nak menulis blog memang ke laut..sebab tu jarang2 update.

      Terima kasih :)

      Delete
  2. wahhh... alhmdulillah👍🏻👍🏻😊tahniah ciklaili.. patutlh sonyap je.. selamat berpntang ya!

    ReplyDelete
  3. tahniah ciklaili!!! eii geram tgk si comel ni, dah lengkap anak lelaki dan gegurl, tahniah sekali lagi, dan selamat berpantang ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah. Kalau dapat anak lelaki lagi pun takpe. Tapi Allahlah sebaik2 Perancang. Kali ni dapat rezeki anak perempuan pula.

      Terima kasih :)

      Delete
  4. Tahniah laili.. Subhanallah comelnya ..namanya hampir sama pula dengan farah Fathehah anak akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ain.

      Nama 'Nur Hana' memang pilihan kami berdua. Nama 'Fatihah' tu suami yang pilih. 'Pembukaan' dapat anak perempuan & moga2 akan dapat yang seterusnya. Huhu!

      Lepas dah daftar baru teringat nama Farah anak kak Ain. Mudah-mudahan Hana akan jadi macam kak Farah juga nanti :)

      Delete
    2. akak..reason yang sama jugak ayah saya bagi nama fatihah sebab "pembukaan"....ada 3 org abang sebelum saya..jadi anak sulung perempuan dlm famili..hihi

      Delete
    3. Ciktom, bila akak update entri ni terus teringat nama ciktom.

      Bilalah ada rezeki nak jmpa ciktom lagi..

      Delete
  5. Tahniah!.. Comel... moga selepas ini kembali semula aktif berblogging hehe

    ReplyDelete
  6. Alolo comelnya.. Tahniah dear.. Selamat berpantang.. Rindu pula wangi baby.. Hihi

    ReplyDelete
  7. Tahniah, moga menjadi anak solehah yang akan sentiasa mendoakan untuk ibu dan bapa.

    ReplyDelete
  8. Tahniah atas kelahiran anak ketiga! Terjumpa blog Cik Laili kerana post Cik Laili tentang percutian di The Kabin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)

      Oh..The Kabin. Best tempat tu. Boleh bawa keluarga bercuti ke sana.

      Delete
  9. Tahniah akak!Wah kira dah bertambah lengkap dan ceria kelahiran puteri nur hana fatihah...comel sangat..geram tengokk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ciktom..

      Alhamdulillah..Hana boleh jadi kawan ibu masak di dapur & buat aktiviti orang perempuan :)

      Delete