02 March 2015

Semakan Keputusan SPM 2014

Keputusan SPM 2014 akan diumumkan pada 3 Mac 2015 (Selasa) ini. Terdapat 3 cara bagi mengetahui keputusan SPM 2014 :

1. 
Menyemak keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi. 
Bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

2. Menggunakan perkhidmatan mySMS 15888. 

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 3 Mac 2015 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac 2015.


Taip : SPM < jarak > NoKP < jarak > AngkaGiliran & SMS ke 15888


3. Melalui laman web Lembaga Peperiksaan selepas keputusan rasmi dibuat.

Semakan keputusan menerusi laman web tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca entri Semakan Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan KPM.

3 comments: