17 November 2016

Semakan Keputusan Peperiksaan Sebenar : UPSR, SPM, SPM(U) dan STAM Lembaga Peperiksaan KPM

Berita baik buat murid dan ibu bapa / penjaga, anda kini boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menyemak keputusan peperiksaan sebenar seperti UPSR, SPM, SPM(U) dan STAM. Untuk makluman, semakan keputusan menerusi laman web tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja dan akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan peperiksaan diumumkan. Manakala, keputusan penuh pula boleh diperolehi di sekolah masing-masing atau JPN.

Ibu bapa pasti sudah biasa dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS dan sistem tersebut sebenarnya hanya digunakan untuk semakan peperiksaan diperingkat sekolah sahaja termasuk percubaan UPSR, PT3 dan SPM. Selain itu, perkhidmatan ini telah digunapakai sejak tahun 2013 lagi. Jadi untuk melihat keputusan sebenar, anda bolehlah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan ini.

Terkini : Semakan Keputusan peperiksaan UPSR 2016 boleh dibuat pada 17 November 2016 (Khamis) mulai jam 10.00 pagi.

Bagi membuat semakan keputusan, sila gunakan link berikut :

http://sppat.moe.gov.my/semakan/



---------------------------------------

Gambar di bawah adalah contoh semakan peperiksaan SPM 2015.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2015

Beginilah contoh semakan keputusan SPM 2015 salah seorang murid di sekolah saya

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kejayaan anda selama ini.

Bagi yang kurang berjaya, janganlah rasa kecewa dan berputus asa. Jika gagal pada hari ini tidak bermakna anda akan gagal untuk selama-lamanya  Teruskan usaha!

Dikemaskini pada 16 November 2016

12 comments:

  1. Anak saudara saya dapat 8A. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. jika terlupa no angka giliran nk cari macam mna..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lihat slip yang dibawa masuk semasa peperiksaan SPM dijalankan atau menghubungi pihak sekolah..

      Delete
    2. Kalo.slip tue pn hilang mcm mna yarh?

      Delete
  3. Cik laili, utk result upsr thn ni boleh check tak? Seawal bila boleh check tu? Result UPSR akan diumumkan 26 Nov. ni...

    ReplyDelete
  4. Sya lpa no angka giliran sya ,slip tu pun da hilang...mcmna nk tau angka giliran?????urgent

    ReplyDelete
  5. Sy lupa no angka giliran saya slip itu da hilang mcm mana nk tau angka Gil Iran say tolong sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call sekolah. Minta kerani carikan dalam sistem rekod sekolah.

      Delete
  6. tak boleh nak buka sapp. Teruss errorr !!.. kenapa boleh jadi macam tu ? tekan sak teruss errorr accoured ..

    ReplyDelete
  7. anak saya ada membuat semakan semula keputusan spm. satu subjek rm100. tpi sampai sekarang tak tau keputusan. bila call lembaga peperiksaan tak pernah diangkat.kalau diangkat pun kemudian dibiarkan. takde peluang nak cakap langsung.bagus betul kakitangangan kerajaan yang jenis macam ni.

    ReplyDelete
  8. Nk check result peperiksaan kv macam mane?

    ReplyDelete