18 April 2014

,

Resepi Telur Bistik


Resepi yang ingin saya kongsikan dengan pembaca blog ciklaili.com kali ini ialah Resepi Telur Bistik. Sekali sekala teringin juga untuk memasak masakan berasaskan telur. Resepi ini lengkap dengan sayuran (kerana terdapat mix vege) dan juga daging cincang. Apa yang paling penting resepi ini amat mudah disediakan, tidak kira anda seorang yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini.

 

Resepi Telur Bistik
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
3 biji telur
1 sudu mayonis
1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih
1/4  cawan mix vege 
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Serbuk lada hitam
Sedikit air
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara memasak Telur Bistik :
1. Pukul telur, masukkan mayonis dan kacau sebati. Goreng telur sehingga masak. Letak di dalam pinggan dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging cincang dan biarkan seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, mix vege dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
4. Tuangkan sedikit air dan masak seketika.
5. Perisakan dengan gula dan garam.
6. Angkat dan tuangkan bahan yang dimasak tadi di atas telur.

* Jika anda ingin membuat Telur Bungkus :
1. Letakkan bahan yang telah dimasak di bahagian tengah telur goreng.
2. Lipat sedikit bahagian tepi 4 penjuru telur.
3. Kemudian terbalikkan dengan mengguna pinggan lain.


12 comments:

  1. Memang nak kena cuba ni. Masak untuk isteri. Ngeheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba. tentu isteri tambah sayang bila suami yg masakkan :)

      Delete
    2. emmm sedapnya!! boleh kumpul
      menu utk bulan puasa nanti ;)

      Delete
  2. Replies
    1. senang je nak buat telur bistik. jangan lupa cuba ye..

      Delete
  3. boleh try resepi nie, memang suka telur bistik

    ReplyDelete
  4. Nak try resepi ni untuk makan tgh hari.. mesti sedap..

    ReplyDelete
  5. nK trY MSak rEsEpi AkAk Ni tOk iStERi t'ciNTa, nMpK siMpLe tP sEdpp !!

    ReplyDelete