11 February 2014

,

Resepi Pizza Roti Tuna Cheese


Untuk resepi kali ini, saya ingin berkongsi resepi yang amat mudah iaitu Pizza Roti Tuna Cheese. Resepi ini boleh dihidangkan sebagai menu sarapan pagi atau boleh juga disediakan pada bila-bila masa yang sesuai. Jika anda mempunyai anak, anda boleh mengajak mereka untuk bersama-sama membuat pizza ini. Pasti mereka akan rasa seronok dan teruja untuk menyediakannya.

Sebenarnya tiada sukatan sebenar untuk membuat pizza ini. Terpulang kepada anda untuk menyediakannya mengikut citarasa masing-masing. Saya hanya nyatakan bahan-bahan dan cara membuatnya sahaja. Jika anda sukakan pedas, bolehlah letakkan sos cili lebih sedikit. Selain itu, anda boleh juga taburkan dengan potongan nenas untuk menambahkan sedikit rasa masam.

Pizza yang disediakan oleh anak saya, Amir (8 tahun)

Resepi Pizza Roti Tuna Cheese
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
Roti gardenia
Mayonis
Tuna
Sosej
Sos cili
Mozarella cheese

Cara-cara membuat  Pizza Roti Tuna Cheese :
1. Sapu roti dengan mayonis dan lapiskan pula dengan tuna.
2. Taburkan potongan sosej dan letakkan sos cili.
3. Akhir sekali taburkan mozarella cheese di bahagian atas roti.
4. Bakar di dalam oven selama 10 - 15 minit dengan suhu 150 darjah.

  Pizza yang sedia untuk dihidangkan


14 comments: