09 December 2013

Panduan Meningkatkan Tumpuan Dalam Pembelajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Konsentrasi atau fokus adalah suatu elemen penting dalam kehidupan kita. Elemen ini menjadi faktor utama kejayaan sesuatu tugas yang ingin kita jalankan terutamanya dalam pembelajaran.

Seseorang yang mempunyai penumpuan yang tinggi mampu mengawal pemerhatiannya terhadap tugasan yang dilakukan. Meskipun terdapat sesetengah manusia mempunyai penumpuan secara tabii, namun penumpuan merupakan satu kelebihan yang boleh dipertingkatkan oleh semua individu. Insya Allah.


Di sini saya ingin memberi beberapa cadangan yang mampu meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran :

Dorongan
Salah satu perkara yang menyokong penumpuan kita ialah dorongan. Ini  kerana dorongan dapat menguatkan hati kita untuk bersungguh-sungguh ketika belajar. Sekiranya dorongan terhadap pembelajaran berada pada tahap yang  lemah, maka hati  atau minat kita mudah tertarik kepada perkara lain.

Kawalan Otak
Perkara lain yang terlibat dalam penumpuan ialah otak. Otak pula mempunyai hubung kait dengan pancaindera. Sekiranya pancaindera kita melakukan perkara lain semasa belajar, ini menyebabkan fokus kita berkurangan. Ini kerana otak kita bukan sahaja berperanan untuk berfikir tetapi juga untuk mengawal pancaindera. Perbuatan lain yang kita lakukan ketika belajar akan memaksa otak untuk membahagikan banyak perkara untuk berfikir dan mengawal pancaindera.

Kawalan Pancaindera
Pancaindera pula mempunyai kekuatan sebagai deria. Isyarat deria akan dihantar kepada otak. Segala tindakan mata yang melihat sesuatu dan telinga yang mendengar sesuatu menyebabkan otak kita akan menerima isyarat. Rangsangan luar seperti penglihatan, pendengaran dan rasa akan menghasilkan deria yang memaksa otak menerima isyarat deria dan boleh membuatkan sukar dikawal.

Ketika belajar, penumpuan yang penuh terhadap pelajar adalah perlu untuk mencapai objektif belajar. Maka itu, keseluruhan pancaindera seharusnya digabungkan untuk menghantar maklumat kepada otak supaya tertumpu sepenuhnya kepada satu perbuatan iaitu belajar.

Sikap Ingin Tahu
Sikap ingin tahu turut membantu penumpuan terhadap pelajaran. Apabila kita membaca kerana ingin tahu ia boleh mewujudkan kekuatan fokus yang tinggi. Berbeza sekiranya tujuan kita membaca adalah untuk untuk mengingat ataupun mengahafal. Kesan penumpuan yang wujud tidak begitu tinggi.

Kecergasan Jasmani

Kecerdasan otak berpunca daripada kecergasan jasmani kita.Lantaran itu, kita perlu menjaga kesihata tubuh badan kita. Kecergasan jasmani yang tidak berada dalam keadaan sihat dan segar boleh menghilangkan fokus kita. Perkara-perkara yang boleh melemahkan kecergasan jasmani adalah permakanan yang tidak sihat, kurang makan yang mendatangkan rasa lapar dan rehat yang tidak mencukupi kecergasan jasmani.

Suasana pembelajaran

Suasana tempat belajar memang mempengaruhi penumpuan dan fokus kita belajar. Suasana yang tidak sesuai untuk belajar mendatangkan rasa bosan, mengantuk dan bermacam-macam kesilapan. Faktor suasana yang berpengaruh ialah pencahayaan, susunan perabot dan peralatan belajar serta pengudaraan. Suasana tempat belajar yang sesuai mampu menarik minat kita untuk belajar dan meningkatkan penumpuan.

Bagi memaksimumkan penumpuan kita dalam pembelajaran, kita juga perlu mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan semasa belajar. Perkara perkara tersebut adalah :

  • Melihat gambar yang menjolok mata semasa belajar. Ini kerana fikiran mudah melayang kerana mudah teringat gambar-gambar yang lucah.
  • Telinga mendengar bunyi-bunyian yang mengganggu fikiran
  • Mulut dan lidah melakukan banyak aktiviti lain semasa belajar seperti bercakap perkara lain dari pelajaran, makan atau minum dan sebagainya.
  • Kerja perlahan dan berlengah-lengah juga boleh mengganggu penumpuan kita terhadap kerja yang lakukan.
  • Mengantuk boleh berlaku di sebabkan tidak cukup tidur atau makan yang terlalu kenyang. 
  • Lesu fikiran pula kerana wujud perasaan bosan ketika belajar.
Selamat Berjaya!

-------------------------------------------------------------
 
Penulis jemputan : Nota Mengajar Belajar 

Nota Mengajar Belajar

6 comments:

  1. fokus memang penting bila nak belajar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. untuk berjaya kenalah beri tumpuan sepenuhnya. entri ini memang patut dikongsikan dengan anak-anak ataupun sahabat handai yang lain..

      Delete
  2. terima kasih kerana sudi berkongsi entri saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri ini memang sesuai dengan blog ini - blog cikgu Laili

      Delete
  3. pd sy suasana pembelajaran tu yg teramat penting....contoh: kalu org lalu lalang depan saya, terus hilang fokus....lagi-lagi kalu perempuan yang lalu dpn sy.. :-)

    ReplyDelete