31 August 2013

Tukar Lesen Memandu Baru 2013


Mungkin ramai antara anda yang sudah maklum bahawa mulai 15 Julai 2013 pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan lesen memandu bersekuriti tinggi bagi menggantikan lesen memandu yang kita gunakan selama ini. Proses pembaharuan lesen memandu ini boleh dilakukan disemua pejabat JPJ seluruh negara manakala pembaharuan di pejabat pos pula akan bermula pada bulan November nanti.

Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru
  • Pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.
  • Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.
  • Memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.
Bagi diri saya sendiri, saya tidak melepaskan peluang untuk menggantikan lesen memandu yang lama dengan lesen memandu yang baru. Pada petang 30 Ogos yang lalu, saya bersama suami dan Amar telah ke JPJ Sabak Bernam untuk menukar lesen memandu yang baru.

JPJ Cawangan Sabak Bernam

Proses menukar lesen memandu ini hanya mengambil masa yang singkat. Saya hanya menunggu lebih kurang 5 minit sebelum nombor giliran saya dipanggil. Sampai di kaunter, pegawai meminta MyKad dan lesen memandu untuk proses semakan dan kemaskini maklumat. Bayaran sebanyak RM30.00 dikenakan bagi memperbaharui lesen memandu untuk tempoh setahun.

Click untuk melihat Kadar Bayaran Bagi Perlesenan Pemandu.

Pegawai yang bertugas

Jika anda membaca entri Lesen Memandu Untuk 3 Tahun, tarikh tamat tempoh lesen memandu saya adalah pada tahun 2015. Oleh kerana saya telah memperbaharui lesen memandu ini untuk tempoh setahun lagi, jadi ia akan berakhir pada tahun 2016.


Selesai proses kemaskini dan bayaran, saya diarah ke kaunter lain untuk proses mengambil gambar pula. Oh ya! jika anda tidak bercadang untuk menukar gambar sedia ada dan ingin menggunakan gambar seperti di dalam MyKad, proses mengambil gambar tidak akan dilakukan. Oleh kerana saya ingin menukar gambar 'sweet 18' saya pada lesen yang lama, jadi saya duduk dikerusi yang disediakan dan pegawai mula mengambil gambar saya.

Selepas 5 minit, nama saya dipanggil dan pegawai menyerahkan lesen memandu yang baru yang telahpun siap. Tadaaa...inilah dia lesen memandu saya yang baru.


* Adakah anda sudah menukar lesen memandu yang baru?

34 comments:

  1. Replies
    1. cantik lesen memandu yang baru ni. macam MyKad..

      Delete
    2. kena bawa gambar utk di scan.

      Delete
  2. yupp mcm my kad...baru x segan nak tunjuk kat abg polis..isshh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lagi tak rasa segan kalau muka dalam lesen tu memang cun, kan?

      Delete
  3. Baru hidupkan lesen 1 julai hari tu, boleh tukar yg baru ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je untuk dapatkan lesen memandu yang baru :)

      Delete
  4. Baru 2 hari lepas buat slip tuk tempoh 3 tahun di post opis... 3 tahun lg lah baru merasa kad macam tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tukar Yin. lesen saya pun akan tamat tahun 2015 tapi saya perbaharui lesen memandu baru ni.

      Delete
    2. bawa gambar lagi tak? berapa pembayaran ek?

      Delete
    3. bape Rm kena tambah kalo buat lesen baru?

      Delete
  5. Lambat lagi lesen memandu hendak ditukarkan. Tunggu tahun depan.

    ReplyDelete
  6. bawa gambar lagi tak? berapa pembayaran ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu bawa gambar. anda boleh gunakan gambar seperti dalam MyKad atau ambil gambar di sana saja. bayaran pembaharuan lesen memandu untuk tempoh setahun RM30.00 sahaja.

      Delete
  7. dekat pos ofic masih guna lesen lama atau yang macam mykad sekarang nie.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut maklumat yang diterima, pembaharuan lesen memandu di pejabat pos akan bermula pada bulan November ini.

      Delete
  8. kak... kalo nak wat kat pej pos bole ker?? hehehe

    ReplyDelete
  9. #klu renew kt post office...xde gamba. Sy bwu renew lesen sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..ye ke? tapi lesennya sama macam contoh lesen baru saya tu, kan?

      Delete
  10. lau renew hri tamat tempoh lesen mmg x bleh ye..

    ReplyDelete
  11. okay.. katakan tempoh lesen saya mati pada 19 april,ley x klau saya pergi pada 18 april utk nak renew?

    ReplyDelete
  12. sy ni lesen tamat tempoh 2019..boleh ke kalo nak buat lesen skrg ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..tapi makin bertambahlah tarikh tamat tempohnya..

      Delete
  13. Sy sdh perbaharui lesen memandu sy tp lupa utk tukar alamt, hari berikutnya sy ke jpj semula utk tukar alamat tp pihak jpj hanya ubah dlm system sj tidak pd lesen memandu sy dan masih alamt lama. Sy nk confirm adakah ada masalh nanti pd lesen memandu sy?

    ReplyDelete
  14. Klau lesen tu da mati lebih dr sbulan brape yg kne ek??

    ReplyDelete
  15. Saya baru tukar kepada lesen baharu tanpa penambahan tahun kerana lesen sediada akan tamat tahun 2016. Klu tambah tahun charge RM30 tp klu tak tambah kena charged RM20. Hehehe.... resit takde bila diminta sbb ink abis...

    ReplyDelete
  16. mana satu no.lesen dalam lesen baru ni ye? mohon bgtau...tq

    ReplyDelete
  17. sm laa nk tau gak nk kna isi form ni

    ReplyDelete
  18. Terima kasih buat entri ni. Saya tertanya2 samada nak bawa gambar sendiri ke tak. Nampaknya di JPJ boleh ambil gambar juga. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Mane satu no. Lesen memandu ni.. Adeiii. Susah den nak isi borang ni hah..

    ReplyDelete