10 July 2013

Allergi Dan Cara Mengatasinya

Entri ini merupakan entri kedua yang terpilih untuk Segmen Penulis Jemputan ciklaili.com yang ditulis oleh Puan Embun Hidayah. Semoga entri tentang Allergi ini boleh dijadikan panduan kita semua. Selain itu, beliau juga berkongsi hasil kreatif (sajak) bahasa Inggeris yang bertajuk TIME.

-----------------------------------------------------
 

Saya rasa ramai di antara kita yang kurang faham tentang maksud perkataan ‘allergi’. Allergi adalah suatu keadaan tubuh yang sangat peka kepada sesuatu bahan. Bahan yang dimaksudkan termasuklah bahan-bahan yang terkandung di dalam makanan, alat-alat solek, bahan-bahan kimia, bulu binatang dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini disebut ‘allergen’.

Pengaruh allergi adalah berbeza setiap orang. Contohnya seseorang itu mungkin allergi terhadap telur tetapi tidak allergi terhadap kerang. Begitu juga sebaliknya. Dengan erti kata lain, ‘allergi’ terhadap sesuatu adalah ‘alah terhadap sesuatu’. Perbezaan pengaruh allergi adalah disebabkan kepekaan di antara individu.

Seseorang dikatakan allergi apabila tubuhnya memberi reaksi terhadap salah satu daripada allergen yang dinyatakan. Gejala allergi mungkin timbul di semua bahagian tubuh tidak kira pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.Allergi yang terkena pada kulit akan memperlihaatkan tanda-tanda seperti bintik-bintik merah, ruam kulit dan sebagainya.

Apabila allergi terkena di bahagian sistem penghadaman, tanda-tandanya pula adalah seperti loya, muntah, sembelit dan kembung perut. Apabila hidung pula yang terkena allergi, tanda-tanda yang mungkin dapat diperhatikan ialah gatal-gatal, dan bengkak di hidung, mata merah, sesak nafas dan sakit kepala. Gejala allergi agak sukar untuk dipastikan kerana gejalanya hampir sama dengan gejala lain seperti sesak nafas, sakit kepala, bintik-bintik merah, dan lain-lain. 

Punca-punca allergi lebih tertumpu kepada makanan berbanding dengan punca-punca lain seperti debu, ubat-ubat dan alat-alat solek. Allergi kepada makanan dapat dikesan setelah gejalanya timbul sebaik sahaja memakan makanan yang mengandungi allergen. Sekiranya ini berlaku, pemeriksaan yang meliputi pengujian kulit dan pengujian makanan akan dilakukan. Kita hendaklah berjumpa doktor dengan segera jika timbul gejala-gejala yang mencurigakan seperti yang telah disebutkan. Doktor akan memastikan sama ada allergi tersebut berpunca dari makanan atau selain daripadanya. 

Seseorang yang sudah mengetahui dengan pasti bahawa dia allergi terhadap makanan tertentu akan lebih mudah mengatasinya. Kita boleh memilih pengganti bahan makanan tersebut dengan bahan makanan yang lain yang mempunyai nilai zat yang sama. Dengan ini, makanan akan terdiri daripada sumber seperti putih telur, garam galian, karbohidrat (ubi kentang dan nasi), dan vitamin (A, B, K, D, C dan lain-lain) ditubuh badan masih dalam keadaan seimbang. 

Seseorang yang allergi terhadap makanan berikut dapat menggantikan makanan berpandukan senarai berikut :

a) Telur dapat digantikan dengan ikan, susu, daging, tempe, tauhu, dan kacang
b) Ikan laut dapat diganti dengan telur, susu, daging, tempe, dan tauhu serta kacang
c) Daging dapat digantikan dengan ikan laut dan telur
d) Udang dapat digantikan dengan ketam, ikan laut dan kerang

Walaupun allergi tidak seberat penyakit-penyakit lain, ianya patut diberi perhatian yang serius terutamanya pada kanak-kanak kerana mereka masih di tahap penyuburan.


TIME

Some said ‘time is gold’,
But the others said ‘time is as precious as our life’
And whatever it is…..
Please take the time,
Time to listen and to learn, Time to see the beauty, the wonder and…..
The warmth in those you love.

Do take the time…
To show you care,
To create memories and,
appreciate special moments.

Time is precious….
So, take your time to heal old wound,
Time to allow yourself to grow,
And above all….
Take time to be you and,
believe in yourself.
 

14 comments:

  1. saya dulu teruk allergy. masa tu almost semua benda la ada allergy. sblm ni xde. tjadi masa umur 20 tahun. mata berair. gatal yg amat sgt. kat bawah tooot tu pun gatalnya ya allah. susah nak study sampai tahap rajin ponteng kelas. perasan immune badan lemah sebab stress dengan masalah keluarga dan study.

    mcm mana sy encounter? panjang ceritanya. tp mmg boleh. insya Allah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Syukurlah kita diberi nikmat sihat oleh-Nya..

      Delete
  3. Replies
    1. Tumpang simpati kepada mereka yang mengalami masalah ini..

      Delete
  4. Alhamdulillah, setakat ni tak ada alegik lagi. Tapi pernah juga. Tak boleh makan seafood. Naik jerawat penuh,

    ReplyDelete
  5. Jangan pandang ringan dengan alahan atau alergik ini. Kadang-kadang boleh mengundang bahaya. Seperti contoh gejala Anaphylactic Shock.

    ReplyDelete
  6. hah? alergikk.. takut, bahaya benda nih, tak boleh makan udang byk.

    ReplyDelete
  7. ada juga elergi kalau makan udang, tapi taklah teruk sangat..

    ReplyDelete
  8. suami saya alergik, mmg seafood tu kene pantang, tapi masalah orang lelaki ialah pantang nampak, pantang betul saya hehehe

    ReplyDelete
  9. alergi nie nampak biasa tapi lau kena seksa la jugak

    ReplyDelete
  10. Allergi ni memang mudah diubati/ kita lebih peka bila kita dapat detect mana puncanya. Macam sy, sangat allergi dengan kerang. Kalau makan badan gatal-gatal.

    Selain tu, saya jugak allergi barang kemas...sebab bila berpeluh mula lah timbul bintik merah.

    senang cerita kulit sensitif sebenarnya! :)

    good sharing

    ReplyDelete