27 December 2012

Segmen Blog Pilihan Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina TV1

Rancangan Apa Kata Wanita (AKW) merupakan rancangan bual bicara yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman, Puan Zamzarina Zamri dan membincangkan topik-topik berkaitan wanita. Rancangan ini disiarkan secara langsung pada hari Sabtu jam 11.00 pagi di TV1. Sedikit maklumat tentang pengacara APW :

Pencapaian tertinggi beliau di sepanjang bidang penyiaran ini adalah diberi peluang keemasan dan kepercayaan oleh pihak pengurusan tertinggi untuk menyediakan kertas konsep dan idea bagi penerbitan satu Rancangan bual-bicara untuk Wanita. Menamakannya 'APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA' , edisi pertama yang diterajui dan diterbit oleh beliau sendiri bermula pada 2 Januari 2009.
Jangan lupa untuk :
- Like FB ApaKataWanitaZamzarina (http://www.facebook.com/ApaKataWanitaZamzarina) 
- Follow blog ZAMZARINAZAMBRI (http://zamzarinazambri.blogspot.com/

Balik dari mesyuarat guru semalam, saya telah menerima e-mail jemputan untuk menyertai segmen Blog Pilihan di dalam rancangan ini. Alhamdulillah..rezeki akhir tahun 2012 yang tidak disangka-sangka untuk blog ciklaili.com.

Segmen 'BLOG PILIHAN' akan memaparkan mana-mana blog yang berkaitan dengan wanita selama lebih kurang 30 saat hingga ke 1 minit dan memaparkan halaman utama blog serta apa yang menarik untuk dikongsikan dengan penonton.


Jika tiada halangan, blog ciklaili.com akan disiarkan di dalam Segmen Blog Pilihan pada 29 Disember 2012 (Sabtu ini) jam 11.00 pagi di TV1. Apa yang menariknya, rancangan kali ini merupakan rancangan terakhir bagi tahun 2012 dan akan membincangkan topik hebat bersama Datuk Dr Maznah Hamid :

 "Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013 dan Merancang Matlamat Kejayaan Tahun 2013"

25 comments:

  1. Tahniah! makin hebat blog ni...kagum kagum

    ReplyDelete
  2. Kimi : terima kasih. rezeki hujung tahun. syukur alhamdulillah. jangan lupa tengok rancangan AKW untuk mengenali siapa disebalik blog ciklaili.com ni :)

    ReplyDelete
  3. cikgu Dahlia : terima kasih. lama tak dengar cikgu. dah habis belajar ke? selamat maju jaya untuk cikgu ye..

    ReplyDelete
  4. Tahniah yer ciklaili..akhirnye usaha selama ini mencurah idea di blog membuahkan hasil..harap dpt tgk segmen tu nanti.

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. pencapaian yg bagus utk penghujung 2012. :)

    ReplyDelete
  6. Subhanallah..Alhamdulillah..tahniah cikgu Laili

    ReplyDelete
  7. Tahniah ciklaili...pencapaian yang terbaik.utk.2012

    ReplyDelete
  8. Askm. tahniah cikgu bakal masuk tv yer. insyaAllah boleh tengok nanti.

    ReplyDelete
  9. wahhhh hebatnya blog ciklaili.com ni...kena jemput lagi...kelass gitu!.... hehe http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. hebat2...respek sama cikgu laili...

    - www.FaridAdam.com -

    ReplyDelete
  11. tahniah akak.bestnye die alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. Makin terkenal lah cikgu nanti, tahniah yer ;-)

    ReplyDelete
  13. tahniah ..blog saya merupakan blog terawal di paparkan dalam rancangan apa kata wanita tersebut ... :)

    ReplyDelete
  14. Tahniah Cik Laili!! Bestnya dapat masuk TV...

    ReplyDelete
  15. wah..masuk TV tuuuu

    Tak boleh selit blog saya sekali ye? haha

    ReplyDelete
  16. tahniah kak.. memang best pun rancangan ini..insyaAllaha da kesempatan nak on tv ;)

    p/s: tq share ttg skor nama.. memang tak tukar dah hehehe

    ReplyDelete
  17. Tahniah! Baru tengok blog you kat apa kata wanita. Best! ;)

    ReplyDelete
  18. tadi ada nampak masa tengok tv1. tahniah!

    ReplyDelete
  19. Tahniah CikLaili! Bestnya blog disiarkan di tv.

    ReplyDelete
  20. alamak terlepas nak tgk pg td..isk2..
    tahiniah ye ciklaili!!
    smoga blog bertambah2 mantap lagi utk thn 2013 :)

    ps: blog ciktom pernah msk gak bulan 7 aritu...
    tp xsmpt tgk..sob3

    ReplyDelete