13 July 2012

,

Cek Kedua Dari Exabytes

Kali pertama saya menerima Sampul Rezeki Dari Exabytes pada bulan April yang lepas. Memang cepat masa berlalu hingga saya sendiri tidak sedar sudah 3 bulan banner Exabytes berada di blog saya. Tamat tempoh 3 bulan, saya menerima e-mail dari Exabytes untuk menyambung kontrak selama 6 bulan lagi.

Sama seperti prosedur yang saya lakukan sebelum ini, saya perlu mengisi butiran di dalam invois yang dihantar bersama e-mail seperti maklumat peribadi, url blog dan pilihan saiz banner untuk diletakkan diblog. Kali ni banner perlu dipaparkan selama 6 bulan dan bayarannya pula adalah mengikut saiz banner. Saya telah memilih saiz banner 728x90.

Inilah dia cek kedua yang saya terima dari Exabytes petang semalam yang bernilai RM130. 

 

* Bolehlah buat simpanan untuk Amir & Amar.

1 comment: