15 April 2012

,

Sampul Rezeki Dari Exabytes

Saya mula mengenali Exabytes dari blog Myvirtd - masa tu beliau baru saja menerima cek kedua. Wah! Boleh buat duit rupanya dengan Exabytes ni. Bila saya baca syarat-syarat untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Exabytes, rupanya bukanlah susah sangat. Apalagi...saya pun terus hantar permohonan. 

Bagi yang berminat untuk turut serta dalam Exabytes 100 Blogger Ads Program, berikut adalah cara-caranya :
  

Steps
——–
1. Our minimum requirement is 300 daily visits a day.
2. Submit a screenshot of your unique visitors for the past 1 month to marketing@exabytes.com.my .
3. The approval process will take 5-7 working days.
4. After approval, we will prepare the banner script in 5-7 working days.

Terms and Conditions
———————————
1. Blog traffic must be mainly from Malaysia.
2. Payment will be made 6 weeks after the banner is up by cheque.
3. Payment/Cheque will only be sent to Addresses in Malaysia.
4. Advertising approval depends on blog traffic, traffic source, content niche and bounce rate.

Email us  at marketing@exabytes.com.my


Selepas menghantar permohonan, anda akan menerima email dari Exabytes yang mengandungi invois bagi mengisi butiran peribadi, blog dan pilihan saiz banner untuk diletakkan diblog. Banner perlu dipaparkan selama 3 bulan dan bayarannya pula adalah mengikut saiz banner.

Saiz banner di sidebar : RM45 untuk tempoh 3 bulan. 
Saiz banner yang lebih besar (di bawah header) : RM50 untuk tempoh 3 bulan.

Bagi blog yang sudah memasang iklan Nuffnang, anda tak perlu risau kerana inilah jawapan yang diberikan oleh pihak Nuffnang tentang Exabytes :



Petang Sabtu lepas, tergerak hati untuk check peti surat. Tak sangka pula cuma ada sepucuk surat saja - untuk saya. Bila terpandang logo Exabytes, hati mula berteka-teki.  

"Entah-entah dalam ni ada 'rezeki' kot?".
 
Alhamdulillah..terima cek RM50 dari Exabytes

Rasa sangat bersyukur kerana rezeki berblog semakin bertambah sejak melahirkan anak ke-2. Mungkin juga berkat memberi nama anak dengan nama RIZQI  ;)

7 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah.. dapat rezeki sampingan. Tahniah Kak Laili.. :)

    ReplyDelete
  2. Nur : terima kasih. jomlah join sekali

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki kan...tahniah yer...:)

    ReplyDelete
  4. Wah bertambah rezeki ciklaili yek. Alhamdulillah. Kongsi le sikit hehe

    ReplyDelete
  5. wah best nye , alhamdulillah , hehe , memang daily kena lebih 100uv ek .? alahai , x cukup lagi lar nim , hehe ,

    ReplyDelete