Resepi Roti Gulung Sosej Celup Tepung

Resepi ini saya pelajari dari seorang kawan semasa menetap di Taman Melati, Gombak. Resepinya cukup mudah dan sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi atau minum petang.

Roti Gulung Sosej Celup Tepung


Bahan-bahan (untuk 3-4 orang) :
5 batang sosej
5 keping roti Gardenia
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam halus
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak :
1. Goreng atau celur sosej di dalam air panas dan toskan sehingga kering.
2. Bancuh tepung bersama air. Masukkan sedikit garam.
3. Gulungkan sosej ke dalam roti dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.
4. Goreng roti sehingga warnanya menjadi kekuning-kuningan.
5. Angkat dan biarkan seketika. Hidangkan roti bersama sos.

Post a Comment

0 Comments