23 April 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2013

Lepasan SPM 2012 yang telah membuat permohonan ke Tingkatan Enam Bawah bolehlah menyemak status permohonan anda mulai 24 April 2013 di laman web KPM.

Semakan boleh dibuat melalui 2 cara :

1. Online 
Click ke laman ini dan masukkan No. K/P anda.


 2. SMS

Taip MOE<jarak>T6<jarak>[No_KP] dan hantarkan kepada 15888 
Contoh : MOE T6 920605051542

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Maklumat lain :

RAYUAN KE TINGKATAN 6
 
Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.

PERTUKARAN JURUSAN

Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan. Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

PERTUKARAN SEKOLAH

a. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

b. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

6 comments:

  1. klo nk tukar jurusan..adakah kita kna terima dulu jurusan yang ditawar kan ataw boleh tros tukar??tukar melalui pengetua sekolah?maksudnya pengetua masa saya f5 ke?

    ReplyDelete
  2. haha , kne trme dlu jrusn uw skejp . .pastu bru leh tkar. .

    ReplyDelete
  3. salam,saya baru saja dpat tawaran f6..tetapi saya ada masalah sikit jadi saya nk postpone pada tahun 2013 utk msk f6 tapi nanti bagaimana saya nak daftar utk msk f6 pada thn depan?sbb saya mmg nk sgt2 msk f6..tkasih..

    ReplyDelete
  4. macam mana saya nak tukar jurusan???adakah perlu minta pada pengetua sekolah yang ditawarkan atau pengetua sekolah lame saya???

    ReplyDelete
  5. tingkatan 6 ni cepat kalau nak dapatkan digree

    ReplyDelete
  6. Bolehkah pelajar Lepasan SPM Tahun 2011 mendaftar masuk ke tingkatan 6 pada 2013 ? walaupun saya tak pernah memohon before?macam mana ya?

    result saya 6A 1B 3C...

    ReplyDelete