07 March 2012

,

Rasai Keseronokan Di Friso Growing Up Together Days

48hours sponsored post ini dibawa khas oleh ciklaili.com

Berita baik bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga tersayang dengan membawa si kecil ke Friso Growing Up Together Days yang masih berlangsung sepanjang bulan Mac hingga April nanti. Banyak aktiviti menarik dan unik disediakan untuk anda sekeluarga dan sudah pasti ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Setiap detik yang dihabiskan di GUT Days akan menjadi memori yang sangat indah dan sukar untuk dilupakan.


Apa yang perlu anda lakukan untuk turut serta dalam aktiviti pada GUT Days ini hanyalah dengan mendaftar secara percuma di kaunter yang telah disediakan. Setiap pendaftaran akan menerima sepeket kecil Friso secara percuma. Menarik bukan? Anda juga boleh mendapatkan potongan harga di booth jualan selain mendapatkan hadiah percuma yang lain untuk si kecil anda.
 
Growing Up Together (GUT) adalah konsep yang dibawa oleh Friso untuk menghayati perjalanan seorang ibu / ‘Modern mum’  dan juga merupakan platfom bagi ibu bapa dan anak untuk meneroka dan melakukan aktiviti menarik secara bersama yang dapat memberi pengalaman baru kepada anak-anak. Friso percaya dalam proses membesarkan anak, ibu akan berdepan dengan pelbagai pengalaman bersama anak. Pengalaman yang dialami oleh anak itu merupakan guru terbaik bagi mereka. 

Antara aktiviti menarik di Friso Growing Up Together Days :


Terdapat sebuah terowong besar yang dibina yang mana di dalamnya terdapat pelbagai permainan interaktif untuk ibu bapa dan anak. Permainan tersebut agak mudah tetapi apa yang menariknya adalah teknologi sebalik permainan tersebut. Permainan dengan animasi yang berwarna-warni juga disediakan dan sudah pasti menyeronokkan kanak-kanak. 


Lihat saja gambar budak lelaki di dalam gambar di bawah. Terdapat animasi beberapa ekor katak dan budak lelaki itu pula sedang berdiri di atas sehelai daun yang berada di dalam kolam. Beliau sedang cuba untuk mendapatkan katak-katak tersebut.

 


Selain itu, terdapat juga booth seni lukis maya yang sangat menarik. Anda boleh mengambil gambar, kemudian memilih latar belakang maya dan melukis apa saja yang anda mahu menggunakan skrin sentuh. Gambar tersebut juga boleh dicetak untuk dijadikan sebagai kenangan anda.

 


Aktiviti kraf juga amat menarik kerana ibu bapa bersama anak-anak dapat mereka baju T sendiri, lencana dan pelbagai permainan secara percuma. Sudah tentulah aktiviti kraf ini akan memberikan pengalaman yang seronok dan dapat menjadikan anda dan anak-anak seorang yang lebih kreatif.


Jadi, bawalah keluarga anda bersama-sama ke Friso Growing Up Together Days pada tarikh dan lokasi berikut :

9 - 11 Mac : Sunway Pyramid, Lembah Klang
13 - 18 Mac : AEON Bukit Indah, Johor Bahru
5 - 8 April : Queensbay Mall, Pulau Pinang

Oh ya! Jangan lupa bawa bersama tin foil / barcode Friso Gold 3 atau Friso Gold 4 untuk menebus hadiah anda.


Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Growing Up Together.

0 Comment:

Post a Comment