28 February 2012

Resepi Bubur Som Som

Pernah dengar nama makanan bubur Som Som tak? Mungkin dalam kalangan orang Jawa atau Banjar, bubur ni sudah tidak asing lagi kerana pada kebiasaannya bubur ini akan dimasak selepas selesai sesebuah majlis perkahwinan. 

Biasanya bubur ini berwarna putih tapi ada juga yang menggunakan pewarna hijau (pandan) seperti gambar di bawah. Di sini saya kongsikan resepi bubur Som Som yang sesuai dimakan sebagai juadah minum petang :

 Bubur Som Som hijau (pandan)

Bahan-bahan (untuk 1 loyang)

Untuk bubur :
1 cawan tepung beras 3 cawan santan
sedikit garam
* pewarna

Untuk air gula :
2 buku gula melaka
1 sudu besar gula merah (untuk nampak warna air gula pekat sedikit)
2 sudu besar gula pasir
air secukupnya (bergantung kepada kepekatan air gula)
3 helai daun pandan (untuk mewangikan air gula)

Cara memasak :
  1. Masukkan tepung beras, sedikit garam dan santan serta *pewarna ke dalam periuk.
  2. Kacau perlahan-lahan menggunakan api yg kecil. Kacau sehingga pekat.
  3. Bila dah pekat, masukkan ke dalam loyang. Sejukkan.
  4. Untuk air gula, campurkan kesemua bahan dan biar mendidih @ sehingga gula melaka dan gula merah larut.
  5. Setelah siap, tapiskan air gula tersebut.
  6. Sedia untuk dimakan.

0 Comment:

Post a Comment