Makluman bagi calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2011, keputusan STPM bakal diumumkan pada 7 Mac 2012 (Rabu) menurut sumber yang dinyatakan di dalam akhbar mStar :
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6ySVar6qHnX5RixMNbCmVQe1JiBNpf2MQwHW4hK3wCvMCy2D54c8NSw8TDr-Bm1O0QgezSVwds3wdqqLALrrtG7G6Zn5SJHiuP1Jpluy_5jNUPFTyxHbhz_aMmP4tE9oyxU9H9bFHEFE4/s400/Keputusan-STPM.jpg)
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini pada Khamis berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Semakan keputusan STPM boleh dibuat secara :
1. Online di laman web MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12.00 tengah hari pada tarikh tersebut.
2. Khidmat pesanan ringkas (SMS)
STPM Result <jarak> No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
0 Comments