08 January 2012

Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan

Bagi anda yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak, di sini saya kongsikan tanda-tanda bersalin dan doa yang perlu diamalkan. Saya sendiri sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ke-2 (EDD pada 9/1/2012).

* Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak kedua pada 13/1/2012 : Selamat Datang Ahli Keluarga Baru ciklaili.com



Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.





Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran :
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pada perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat
Antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu untuk memudahkan proses bersalin :


"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa : ayat 20)

"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)


Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah :
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf : Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87 
Sumber : alamhamil.com dan nurizdehouse.blogspot.com 

25 comments:

  1. Semoga Kak Laili selamat melahirkan bayi kedua.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. mintak izin untuk copy dan share di blog saya.. perkongsian yg bermanfaat utk saya amalkan..tengah tunggu due 25/3..terima kasih kak laili.. ('',)

    ReplyDelete
  3. marjaat : silakan untuk kongsi entri ni.

    tahniah kerana bakal menerima ahli keluarga baru :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum & salam perkenalan...minta izin nak share jugk ye,..saya skang pon masih menunggu kelahiran baby..skang dah 38 weeks lebih :) tq..

    ReplyDelete
  5. Mommy & Daddy : silakan..moga dipermudahkan segala urusan anda sekeluarga. amin

    ReplyDelete
  6. Saya dah 36 mgu..ada gak rasa baby agresif sgt..adakah tu tnda nak bsalin?sy pon x tau.coz baby first

    ReplyDelete
  7. same pulak birthday ank awk ngan sy.. 13 jan.. hehee.. nice info.. tgh tggu mase je ni .. sb tu ushar2 tanda2 nk bersalin.. ank pertama.. tade pengalaman~ ♥

    ReplyDelete
  8. Salam info yg sgt berguna..terima kasih banyak2..

    ReplyDelete
  9. Salam. Terima kasih atas info. Doakan semoga saya dipermudahkan bersalin. Amin.

    ReplyDelete
  10. saya memang amalkan surah 20 ayat abasa. alhamdulillah, sangat mudah bersalain :)

    Kenapa Shaklee pilihan saya

    ReplyDelete
  11. Semoga nanti persalinanku lancar,minta doanya yaach..

    ReplyDelete
  12. Semoga nanti persalinanku lancar,minta doanya yaach..

    ReplyDelete
  13. salam minta share ya puan

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum cik laili..trm kasih atas semua maklumat..mohon share ilmu2 di blog ini ya..saya ibu muda yang bakal menyambut anak pertama insyAllah November nanti..mohon halal semuanya ya..trm kasih..moga Allah berkati cik laili sekeluarga..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..

      tahniah puan hafezah. silakan untuk berkongsi entri ini & entri berkaitan kehamilan serta penjagaan anak dari blog ini. moga puan dipermudahkan dalam temph kehamilan ini & selamat melahirkan baby yang comel..

      Delete
  15. Thank you a lot for sharing! very good info :)

    ReplyDelete
  16. salam...mohon untuk share info ini ye..TQ

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..akak .mohon share ilmu2 di blog ini ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Silakan...moga ia akan beri manfaat kepada semua :)

      Delete