Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM (Sabah & Sarawak) Tahun 2012

Anda mungkin mencari maklumat tentang :




MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2011 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan satu pada tahun 2012 di Sabah dan Sarawak.


A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak :
(i) Bumiputera tahun enam.
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.


B. CARA MEMOHON SECARA ONLINE 

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat seperti yang di bawah :

(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2011 dilanjutkan sehingga 4 Disember 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 5 Disember 2011.

D. MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
(i) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
(ii) Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
4. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon ke MRSM.
5. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
6. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.


Post a Comment

0 Comments