29 November 2011

Panduan Memilih Nama Bayi / Anak

Bagi anda yang bakal bergelar ayah dan ibu buat kali pertama atau kali ke berapa pun, perkara penting selain menyediakan barang-barang keperluan bayi sudah tentu pemilihan nama bakal bayi / anak juga diberi perhatian. 

Jika anak yang dikandung itu lelaki, sudah pasti banyak nama yang cantik dan mempunyai makna yang baik-baik sudah disenaraikan. Begitu juga jika anak yang dikandung itu perempuan.


Pengalaman saya melahirkan anak pertama pada hari raya, sedikit sebanyak mempengaruhi saya dan suami untuk memberikan nama kepada anak sulung kami : Muhammad Amir Fitri

Amir bermaksud ketua, pemimpin dan putera mahkota 
Fitri bermaksud fitrahku dan suci
Anak kedua saya pula selamat dilahirkan pada 13 Januari 2012 setelah beberapa tahun kami  tidak menerima ahli keluarga baru. Sila baca entri Selamat Datang Ahli Keluarga Baru ciklaili.com. Kami telah memilih nama : Muhammad Amar Rizqi

* Untuk memilih nama bayi / anak lelaki dan perempuan, sila click sini. (atau boleh buat carian menggunakan google. 

Di sini, saya ingin kongsikan sedikit panduan untuk memilih nama bayi / anak :

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. 
Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. 
Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? 
Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. 
Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’. 

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah :
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram.
  Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya :
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.

- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik.  
Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan : pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour sahaja :)

Sumber : Abu Umair

7 comments:

  1. dulukan mas de buku tebal,nama2 baik dalam islam.tapi masa sekolah rendah mereka buat dalam kelas sudut ilmu.mana2 buku untuk dikongsikan,bagi pinjam.tapi entah macam ne,de kwan terus jadi haknya.tak tahula yang mana satu.sedih.sebab dalam tuh de maksud untuk = wani.

    ReplyDelete
  2. hahah tingin sgt nak letak name anak, tp prob nye xderk lagi !!! iskkk

    ReplyDelete
  3. MaYa : alahai..kesiannya. buku tu takde jual di pasaran lagi ke?

    hitamanis : tunggulah bila dah nak ada anak nnt :)

    ReplyDelete
  4. nama anak saya pun makruh FATIN NUR NADZIRAH

    ReplyDelete
  5. bagus la blog ni byk info yg bole di pelajari..:)

    ReplyDelete
  6. fatin ada due ejaan. pakailah huruf tho. maksud bijaksana.

    ReplyDelete