02 October 2011

,

Hari Keluarga Di Marina Cove Resort, Lumut, Perak


Sebelum cuti sekolah akhir tahun 2011 bermula, pihak sekolah telah menganjurkan Hari Keluarga di Marina Cove Resort, Lumut selama 2 hari 1 malam. Resort ini terletak ni Teluk Batik dan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari tempat tinggal kami. Kami bertolak pada pukul 2.30 petang dan sampai ke destinasi pada pukul 4.00 petang. Kami merupakan peserta kedua terakhir yang sampai ke sana.


Pintu masuk Marina Cove Resort

Setibanya kami di resort tersebut, kami telah disambut oleh guru yang bertugas untuk pendaftaran peserta, cik Rahmah. Walaupun kami merupakan peserta yang lewat sampai tetapi cik Rahmah tetap setia menanti dan memberikan senyuman. Terima kasih ye cik Rahmah.

Cik Rahmah


Selesai pendaftaran, kami menerima kunci bilik, pass makan malam dan sarapan pagi serta goodie bag yang berisi makanan dan minuman. 

Amir dan goodie bag

Bilik kami terletak di tingkat paling atas (tingkat 11 - 11.99). Keadaan bilik juga amat selesa (kami memilih superior room) dengan kelengkapan seperti katil kelamin & katil bujang, dapur, sofa, almari, bilik air dan juga TV. Paling seronok, ada balkoni di luar yang mana kami boleh melihat keadaan sekitar resort.

Keadaan bilik

Aktiviti pertama Hari Keluarga dimulakan dengan acara sukaneka bagi kanak-kanak. Ada 3 acara yang dipertandingkan dan Amir hanya layak untuk menyertai 2 acara - bawa bola ping pong dalam sudu dan isi air dalam botol.


"Amir kena pegang macam ni..", pesan ibu

Amir memegang tumpurung kelapa untuk acara isi air dalam botol

Saya dan suami juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara bagi orang dewasa. Lihatlah betapa seronoknya saya dan suami bila sekali sekala dapat menyertai acara sukaneka sebegini.

Suami menunjukkan skill dalam acara please tie my hair

Saya sedang cuba menyambut belon yang berisi air

Acara isi air dalam botol menggunakan tempurung kelapa

Aktiviti hari kedua - mandi manda di Marina Water Park

4 comments:

  1. bestnya join hari keluarga..setakat ni tak pernah la join hari keluarga macam ni kecuali masa study dulu family day untuk course punya..hehehe

    ReplyDelete
  2. aNaYaNa : ha'a.mmg best bila sekali sekala cikgu2 buat aktiviti di luar sekolah :)

    ReplyDelete
  3. doakanlah semuga ira berjaya. best gak ek tenguk tempat ni...tepi laut ker? insyallah akak pun nak gi ke pangkor bulan 12 nanti.

    ReplyDelete
  4. kak ina kl : mmg best kak. ni kawasan tertutup. saya pun rindu gak nak ke Pangkor ;)

    ReplyDelete