26 September 2011

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2012

Makluman untuk semua pelajar tingkatan tiga (3) yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2012, berikut adalah maklumat penting tentang permohonan tersebut :


A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

B. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 Nov hingga 2 Dis 2011.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.


NOTA :
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

C. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.

D. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 hingga 20 Oktober 2011. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2011, semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah :


(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2012)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 
Jalan Raja Laut, 
50609 KUALA LUMPUR


E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 20 Oktober 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

2 comments:

  1. terima kasih sudi bagi info psl MRSM..akak nak apply untuk anak.
    akak ambil gambar yer..terima kasih

    ReplyDelete