21 July 2011

Pengalaman Cikgu Laili Menggunakan SAPS

Bagi warga pendidik, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bukanlah sesuatu yang asing. Sistem ini merupakan sistem baru yang diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.


Untuk membaca surat siaran penggunaan SAPS, sila click sini.


Sila click gambar di bawah untuk ke Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Masalah key-in markah TOV dan ETR boleh diatasi dengan mengguna browser MOZILLA FIREFOX (versi terkini). Jika tidak, butang kemaskini tidak akan berfungsi.

Sebelum anda menggunakan SAPS ini, anda dinasihatkan untuk membaca semua pengumuman yang dipaparkan di laman web tersebut dan juga merujuk soalan lazim. Sila CLICK SINI untuk membaca soalan lazim. Antara pengumuman penting :

Semua PPD/Pengetua/Guru Besar/SUP :
Guru Praktikum TIDAK DIBENARKAN key-in markah walaupun diberi kepercayaan semak kertas peperiksaan. Markah hendaklah dikey-in sendiri oleh Guru Pembimbing untuk elak kekeliruan siapa guru mata pelajaran sebenarnya. 

Semua Guru MP :
Markah TOV dan Target hendaklah diisi berdasarkan ketentuan berikut :
i. Untuk Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2011 sila isi markah Ujian 1, 2011.
ii. Lain-lain Tahun/Tingkatan sila isi markah Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2010. Bermaksud lebih molek isi Markah Ujian 1 untuk semua Tahun/Tingkatan bagi tujuan Headcount.
iii. Sila isi markah dalam bentuk ANGKA bukan GRED.
iv. Lain-lain Tahun/Tingkatan sila isi Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2010 dalam Menu markah TOV.

1. Kes 1 Kelas 2 Guru Ajar Subjek sama. Hanya SALAH SEORANG guru daftar dan key-in markah semua murid. Bermaksud hanya 1 Guru Daftarkan diri.
2. Kes 2 Guru Ajar 2 Kelas berpisah Jantina. Cth: Pend. Islam: Guru A ajar LELAKI, Guru B ajar PEREMPUAN. Guru A daftar dan keyin markah semua murid Kelas A. Guru A sila dapatkan markah murid perempuan kelas A daripada Guru B. Guru B daftar dan Keyin markah semua murid Kelas B termasuk murid lelaki. Bermaksud 1 guru 1 kelas daftarkan diri. 

Semua Guru Kelas :
Sila bantu SUP menyemak kerja-kerja key-in markah semua Guru Subjek kelas anda. Ini bermaksud, Guru Kelas BERTANGGUNG JAWAB dari masa ke semasa klik menu Semak Key-In Markah untuk memantau status Guru-Guru Subjek key-in markah. JANGAN sesekali Guru Kelas key-in markah semua subjek dalam kelasnya. Markah dikey-in oleh Guru Subjek.

Di sekolah saya, taklimat mengenai penggunaan SAPS ini telahpun disampaikan oleh Setiausaha Peperiksaan (SUP) pada 10 Ogos 2011 (Selasa) dan guru-guru telah diberikan akses kod dan kata laluan masing-masing.



Selepas login, pilihan jenis peperiksaan akan dipaparkan. Jika anda ingin memasukkan markah Ujian 1, sila pilih UJIAN 1 dan click Masuk. Begitu juga sekiranya anda ingin memasukkan markah peperiksaan pertengahan tahun, sila pilih PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN dan click Masuk. Ini akan memudahkan anda semasa proses memasukkan/Key-in markah Ujian 1 atau 2 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Akhir Tahun (sila rujuk penerangan saya di bawah)

Untuk ke laman utama, anda perlu click Laman Utama di sudut kiri dibahagian bawah paparan ini atau click mana-mana pilihan peperiksaan seperti di dalam gambar di bawah :



Berikut adalah pengalaman saya semasa menggunakan SAPS ini (sebagai guru mata pelajaran).


Apakah tugas utama Guru Mata pelajaran?
i. Mendaftarkan diri sebagai Guru Matapelajaran yang diajar mengikut kelas.
ii. Mendaftar BILANGAN murid yang mengambil sesuatu mata pelajaran yang diajar.
iii. Mengisi markah setiap kali selesai peperiksaan mengikut tempoh yang dibenarkan.
iv. Mengisi dan menyemak markah TOV dan SASARAN.
 
1. Daftar kelas dan mata pelajaran yang diajar

Untuk mendaftar kelas dan mata pelajaran yang diajar, anda perlu click di bahagian MENU GURU MP -> Daftar MP. Click bahagian Tingkatan, Kelas, Mata Pelajaran, Bil Murid dan akhir sekali click butang Hantar (lihat gambar di bawah). Sekiranya anda ingin mengemaskini mata pelajaran, sila click Kemaskini MP.



Tahun ini saya mengajar mata pelajaran Sejarah : 3 kelas tingkatan empat dan 3 kelas tingkatan lima. Alhamdulillah, talian internet agak laju, jadi walaupun hampir 1000 pengguna di atas talian pada ketika itu, pendaftaran kelas dan mata pelajaran berjalan dengan lancar.  

2. Masukkan/Key-in markah TOV dan ETR

Setelah pendaftaran kelas dan mata pelajaran selesai, proses seterusnya ialah memasukkan/key-in markah TOV (target of value) dan ETR (estimate target result)/sasaran bagi setiap pelajar.

Cara memasukkan markah TOV dan ETR :
Click di bahagian MENU GURU MP -> Markah TOV/ETR. Kemudian, pada bahagian Masuk Target, click pada mata pelajaran yang hendak dimasukkan markah TOV dan ETR (lihat gambar di bawah).



Bila paparan keluar, click pada nama pelajar, masukkan markah TOV dan ETR dan akhir sekali click Kemaskini.



Sekiranya anda ingin mengubah markah atau berlaku kesilapan semasa memasukkan markah tersebut, anda hanya perlu mengulangi langkah seperti di atas tadi.

3. Masukkan/Key-in markah Ujian 1 atau 2 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Akhir Tahun

Setelah selesai memasukkan/key-in markah TOV/ETR, anda bolehlah memasukkan markah Ujian dan peperiksaan.

Cara memasukkan markah Ujian dan peperiksaan : 
Pastikan semasa anda mula-mula login, click pada bahagian pilihan peperiksaan terlebih dahulu. Jika ingin memasukkan markah Ujian 1, click pada Ujian 1. Kemudian, untuk masukkan markah click di bahagian MENU GURU MP -> Markah Peperiksaan.  

Untuk makluman, proses memasukkan markah sama sahaja seperti memasukkan markah TOV/ETR iaitu :
1. click nama pelajar satu persatu
2. masukkan markah
3. click butang kemaskini

 
Sebahagian markah murid kelas 5 Firdaus 2011

Oh ya! jika anda ingin menukar markah, click EDIT MARKAH dan sila ulangi langkah yang sama. Setelah selesai memasukkan semua markah, anda akan lihat di bahagian Status tersebut seperti gambar di bawah :







Untuk melihat markah bagi setiap kelas, sila click PAPAR MARKAH. Selepas paparan keluar, jika anda ingin mencetak atau export ke program excell, sila click mana-mana button seperti gambar di bawah :


 

* Saya dapati gred markah SPM di dalam SAPS ini tidak sama dengan gred pemarkahan SPM yang telah digunakan mulai 2009. Anda perasan tak?

9 comments:

  1. bagus post ni..
    leh jadikan panduan untuk guru-guru yang menghadapi masalah dengan SAPS..

    dahlia pun pernah guna SAP versi lama lah..

    ReplyDelete
  2. DaHLia : sistem SAPS ni masih baru lagi di Selangor. kalau di negeri2 lain mungkin dah lama juga. kami pun pernah guna sistem lama + headcount.

    ReplyDelete
  3. Salam. Kak Laili, Nur baru je selesai taklimat mengenai sistem SAPS ni di sek pagi tadi.

    ReplyDelete
  4. Nur : ye ke? macammana, senang tak?

    ReplyDelete
  5. saya menghadapi masalah sikit. saya tersilap isi sebahagian markah utk tov/etr. so, terpaksa isi satu persatu. masalahnya sekarang saya tak boleh kemaskini.mohon tunjuk ajar tuan rumah

    ReplyDelete
  6. Saya hadapi masalah untuk key in markah untuk TOV/ETR. Lepas saya kunci masuk data, butang kemaskini tidak berfungsi. Akhirnya isu ini selesai. Pada mulanya Mozilla Firefox saya versi 3.6.18. Lepas diupgrade ke versi 5.0.1 barulah butang kemaskini itu berfungsi tanpa masalah. Harap ini dapat membantu untuk guru-guru di luar sana yang menghadapi masalah kunci masuk TOV/ETR.

    ReplyDelete
  7. Syam : boleh rujuk komen yg diberikan oleh Anonymous di bawah komen anda. terima kasih atas perkongsian maklumat tersebut.

    ReplyDelete
  8. salam. boleh tak sesiapa tolong jelaskan bagaimana nak isi tov m/p kajian tempatan, sivik dan kemahiran hidup darjah 4 sebab masa darjah 3 mereka tak belajar m/p ni.

    ReplyDelete
  9. cuba tanya kepada SUP & minta beliau hubungi JU SAP..

    ReplyDelete