Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Tahun 2011

Ini berita baik bagi anda yang tertanya-tanya bilakah Pesta Buku Antarabangsa  Kuala Lumpur (PBAKL) tahun 2011 akan diadakan. Untuk pengetahuan semua, PBAKL bakal diadakan pada 22 April - 1 Mei 2011 dengan tema BUKU : DUNIA TANPA SEMPADAN.


Tahun ini, PBAKL dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama :
  • MABOPA
  • MBA
  • MBEIA
  • PKBM
  • PPPBBM
  • MAPIM
Selain itu, PBAKL tahun ini juga dijangka lebih baik dari tahun lepas kerana beberapa penambaikan telah dibuat seperti :
  • Fokus perkhidmatan di gerai.
  • Pemilihan hanya 5 dewan utama.
  • Akses yang baik.
  • Bilik Hospitaliti.
  • Bilik Seminar / Aktiviti.
  • Kluster.
  • Pengkhususan zon seperti Bahan Bacaan Bahasa Mandarin dan Antarabangsa (Retail)
Jom sama-sama kita lihat video promo PBAKL


* Tahun lepas, saya sempat juga lepas geram di PBAKL bersama adik. Tahun ni tak tahulah sempat atau tidak nak ke sana.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Tahun 2011 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  (PBAKL) Tahun 2011 Reviewed by cik laili on Saturday, April 02, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. salam.
    kan best kalau dapat pergi nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Jom ke pesta buku. Jangan lupa singgap gerai Jemari Seni, okey?

    Salam singgah :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.