18 December 2012

Homestay JKKK Sungai Haji Dorani : Pakej Tahun 2012

Di dalam entri ini, saya ingin kongsikan satu destinasi unik dan menarik untuk anda kunjungi iaitu Homestay JKKK yang terletak di kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Kampung ini pernah menyandang Johan Kampung Terbaik Daerah Sabak Bernam. Sila click risalah penerangan di bawah :

Risalah penerangan Homestay JKKK

Antara pakej yang ditawarkan di Homestay JKKK mulai Januari 2012 :



1.1. Pakej Lawatan Sehari
1.2. Pakej Lawatan Dua Hari Satu Malam ( Menginap )

2. PAKEJ LAWATAN DAERAH

2.1. Pakej Lawatan Sehari
2.2. Pakej Lawatan Dua Hari Satu Malam ( Menginap )

3. PAKEJ RUMAH PENGINAPAN (TRANSIT) 

HOMESTAY JKKK selain menyediakan penginapan secara ' keluarga angkat ' ( Homestay ) turut menyediakan rumah-rumah penginapan ( transit ) untuk disewa dalam jangka beberapa hari. Sebahagian rumah-rumah tersebut mempunyai peralatan bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin, ruang tamu selesa dan peti TV, tempat dapur memasak serta dilengkapi peralatan peti sejuk dan mesin basuh pakaian. Sebahagiannya pula adalah rumah kampung yang diubahsuai dengan kemudahan bersesuaian untuk penginapan keluarga atau kumpulan ramai. 

4. PAKEJ RUMAH PENGINAPAN (TRANSIT) DAN LAWATAN

HOMESTAY JKKK amat mengalu-alukan kepada para pengkaji / penyelidik dari kumpulan penuntut kolej / IPTA / IPTS atau individu yang ingin membuat kajian berhubung adat kebudayaan, ekonomi atau seumpamanya di kampung ini. Mungkin anda ingin mengkaji adat kebudayaan suku kaum Banjar, Jawa, Melayu, Tionghua dan Kampar yang menjadi penduduk Kampong Sungai Haji Dorani atau ingin mengetahui taraf ekonomi penduduknya yang bekerja sebagai pesawah padi, nelayan , berkebun kelapa atau berniaga. Jika itu yang anda maksudkan, di sini tempat yang sesuai untuk anda !.

HOMESTAY JKKK menyediakan perkhidmatan bilik penginapan di mana para pelawat akan tinggal bersama dengan ' tuan rumah ' sebagai keluarga angkat atau lebih dikenali sebagai Keluarga Homestay. Para pelawat dalam kumpulan kecil akan melakukan aktiviti dan makan minum bersama dengan keluarga angkat masing-masing supaya lebih berpeluang untuk beramah mesra dan mengetahui lebih lanjut latar belakang kehidupan keluarga angkat mereka.


HOMESTAY JKKK sebenarnya sudah bersedia untuk mereka yang berkenaan bagi mengadakan Pakej Hari Keluarga  dengan kadar bayaran berpatutan serta kemudahan makan minum, padang permainan, dewan untuk kuliah dan rumah penginapan sekali, selain memberi peluang membuat lawatan sambil membeli belah di Industi Kecil Sederhana (IKS) dan bengkel memproses makan yang ada di Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.

10. PAKEJ JOM SHOPING (mulai 1 Oktober 2012)


PAKEJ JOM SHOPING adalah pakej sehari ( tanpa menginap ) yang menawarkan lawatan serta peluang membeli belah ke beberapa Industri Kecil Sederhana (IKS) / bengkel pembuatan makanan yang ada di Daerah Sabak Bernam, selain  untuk membeli belah kain ela / pakaian atau barangan cenderamata lain di Pekan Sungai Besar.
 
11. PAKEJ CUTI SEKOLAH
 
Cuti sekolah akhir tahun adalah suasana paling menarik untuk pelawat terdiri daripada kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Kerana secara kebetulan pada waktu itu keadaan sawah padi  kawasan Mini Estet Padi Kampong Sungai Haji Dorani sedang membesar dan menghijau, di mana banyak aktiviti dapat dilakukan di sawah oleh para pelawat.Seperti memancing ikan darat di kawasan sawah, mengancau dan  menjala ikan di parit dan juga menangguk anak ikan dalam parit palung !. 

* Untuk maklumat lanjut sila ke laman web Homestay JKKK

8 comments:

  1. thanks for sharing, maybe I should take my students for a field trip here.

    ReplyDelete
  2. thanks 4 the info...blum pernah lagi menginap di homestay..

    ReplyDelete
  3. pernah pergi homestay haji dorani under tourism selangor program dulu..memang best..rasa tenangje duduk di rumah sebelah sawah padi...

    ReplyDelete
  4. Pembuka lembaran untuk tahun 2013...
    InsyaAllah pada bulan February 2013 Central Livinian Association/Persatuan Pemilik Grand Livina Wilayah Tengah dengan lebih 30 jentera akan bersiaran bersama-sama penduduk Sg Hj Dorani & akan menyusuri jalan2 sekitar Sg Hj Dorani & Sg Besar. Nantikan kedatangan kami!!!

    Penganjur: CLA Sg Besar & Homestay JKKK

    ReplyDelete
  5. dulu masa kecil-kecil saya tinggal di Sungai Besar..tak jauh dari kg haji dorani tu..tapi dulu tak la seindah sekarang

    ReplyDelete
  6. haaaaaa.... dekat aje dengan umah kampung wife.. parit satu nih.. :)

    ReplyDelete