10 December 2010

Mandi manda di Wet World, Shah Alam

Pada cuti sekolah yang lepas (Ogos 2010), saya bersama keluarga suami (mak, adik ipar, biras dan anak buah) telah memilih lokasi untuk dikunjungi (ala-ala aktiviti keluarga) ke Wet World yang terletak di Shah Alam. Untuk melihat maklumat lanjut tentang Wet World sila ke laman web MBSA

Taman tema rekreasi pertama di Shah Alam, Wet World sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai di tengah Bandar Anggerik yang permai ini. Wet World yang penuh warna-warni terletak di pinggir Tasik Shah Alam dibuka pada tahun 1995. Berbagai-bagai permainan seperti gelongsor air berbukit atau "monsoon buster" yang terpanjang di dunia dan pertama terdapat di rantau Asia.
 Waktu Operasi :
                           1.00 ptg - 7.00 malam (Isnin - Jumaat)                        
10.00 pagi - 7.00 malam (Sabtu - Ahad)
*Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu

Bayaran Masuk (terkini) :
Hari Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat
Ketinggian melebihi 130cm = RM20.00
Ketinggian melebihi 90cm - 130cm = RM16.00

Hari Sabtu, Ahad, cuti sekolah & cuti am
Ketinggian melebihi 130cm = RM20.00
Ketinggian melebihi 90cm - 130cm = RM16.00

Di bawah ini beberapa keping gambar semasa kunjungan kami ke Wet World, Shah Alam. 

 Adam & Amir dah tak sabar nak mandi 


 Bergambar sebelum keluar

 Bergambar di luar Wet World
 
Mak mertua bersama menantu dan cucu 

 Gambar kami sekeluarga

6 comments:

  1. alaaa comelnye budak2 tu excited nk mandi hehehe

    ReplyDelete
  2. nazihaisa : memang mereka tak sabar nak mandi. tgklah pelampung dah siap2 dipakai tu..

    ReplyDelete
  3. wah best ny mandi manda di wet world =)
    thnks kak leli... lin da bjaya buat nuffnang =)

    ReplyDelete
  4. Lin : mmg best. lain kali boleh buat aktiviti keluarga mcm ni lagi. mungkin beberapa tahun lagi Lin pun boleh join sama ;)

    dah berjaya ke? alhamdulillah..tggu earning bertambah ye..

    ReplyDelete
  5. yelah memang best wet world nie boleh buat aktiviti keluarga ke ^-^?...........

    ReplyDelete