05 November 2010

Asas Fotografi : Apa yang perlu anda tahu

Mesti ramai antara kita yang mempunyai kamera, tak kiralah kamera kompak (compact), DSLR mahupun kamera handphone. Tapi adakah anda tahu tentang asas fotografi itu sendiri? Di sini saya akan kongsikan Asas Fotografi : Apa yang perlu anda tahu.

Apakah fotografi?

Berasal dari perkataan Greek 'photos' bermaksud cahaya dan 'graphos' bermaksud menulis. Gabungan kedua-dua perkataan ini bermaksud menulis dengan cahaya. Ia juga merupakan proses, aktiviti, seni merakam gambar pegun, bergerak pada medium yang sensitif.

Tujuan Fotografi

Antara tujuan fotografi adalah :

  • sebagai fakta
  • sebagai bukti
  • simpanan memori
  • bahan seni
  • ekspresi diri
  • menceritakan situasi
  • dihilai
  • ditangisi
Jenis-jenis Fotografi

Terdapat 4 jenis fotografi :


1. Amatur : gambar yang diambil sebagai hobi dan bukan untuk mendapatkan profit. Namun, kadangkala ia boleh menyaingi fotografi profesional dan mempunyai nilai komersial untuk pertandingan dan sebagainya.

2. Komersial : jurufoto dibayar untuk gambar atau hasil seni yang dibuat. Contoh : pengiklanan, fesyen, industri makanan, jurnalis, perkahwinan, lanskap, hidupan liar dan paparazi

3. Seni : gambar yang mempunyai nilai estetika yang tinggi 

4. Sains dan Forensik : merakam fenomena dan bukti sebagai penyelidikan

Pengetahuan Yang Perlu Ada

1. Teknikal : hardware & fungsi
2. Komposisi : untuk mendapatkan gambar yang bermakna
3. Teknik : untuk mendapatkan gambar yang menarik dan berseni

Keperluan untuk Fotografi

1. Kamera : ketahui fungsi dan fahami keupayaan yang ada pada kamera

2. Pengetahuan : ketahui asas fotografi, memahami mengapa sesuatu gambar diambil, pelajari teknik-teknik baru, melihat contoh-contoh dari jurugambar profesional & belajar secara formal

 
3. Keghairahan : bawa kamera ke mana sahaja, ambil segala gambar yang menarik, cari makna dalam gambar yang diambil, cari pose baru yang tidak dibayangkan oleh orang lain, segalanya untuk pengalaman

4. Interaksi : berkongsi dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama, membuat perbincangan, mengetahui kaedah interaksi dengan pelbagai subjek.



** Kredit : Kelas Asas Fotografi Kolej Komuniti

6 comments:

  1. saya suka ambil gambar..saya rasa gambar yang saya ambil cantik walaupun amatur je..hak3

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Laili.. Info yang sangat berguna utk beginner macam saya. :)

    ReplyDelete