23 June 2010

Datuk K beli plat KCT 1 RM66,550

Salam. Pagi ni baca berita tentang Datuk K, suami kepada Datuk Siti Nurhaliza yang membeli plat KCT 1 bernilai RM66,550. Wow! mahalnya. Plat kereta saya - BHN, ramai panggil BiHuN tu tak taulah pulak berapa harganya. Rasanya tak mencecah ratusan ringgit pun. 

 KERTAS semakan nombor pendaftaran yang dipapar pada papan kenyataan 
di Ibu Pejabat JPJ Kedah di Alor Setar semalam.
ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu.

Berita lanjut sila dapatkan di SINI

* KCT = Khalid & CT  

0 Comment:

Post a Comment