7 makanan rangsang mood seks

Entri kali ni ada kena mengena dengan isu dalam Berita Harian Online hari ni  iaitu Pendidikan seks formal di sekolah diperlukan. 
KUALA LUMPUR: Tiada cara lain untuk membendung masalah salah laku seksual dan gejala seks bebas melainkan kerajaan mewujudkan modul khas berkaitan pendidikan seks di sekolah yang boleh digunakan mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar.

Pakar motivasi, Dr Robiah K Hamzah, berkata hanya melalui pendidikan seks formal di sekolah dapat membantu pelajar memahami isu itu memandangkan ada di kalangan ibu bapa segan untuk membincangkan isu seks secara terbuka dengan anak masing-masing.
Macam-macam usaha yang cuba dibuat oleh kerajaan bagi membendung masalah ini. Pada saya, pokok pangkalnya terletak pada individu tu sendiri. Hai..kalau jadilah pendidikan seks dijalankan di sekolah, risau juga kalau orang bertanya, "Cikgu Laili mengajar subjek apa?". Agaknya mesti saya tersipu2 malu menjawab,  "Pendidikan Seks".

Di sini saya nak kongsi maklumat tentang 7 makanan yang merangsang mood seks.




1.  Bawang putih
- Mengandungi kandungan aktif iaitu allicin yang merangsang pengaliran darah ke organ seks




2. Buah delima
- Dikenali juga sebagai epal cinta merupakan pembangkit syahwat yang menginginkan keinginan seks





3. Asparagus
- Peransang nafsu yang kaya dengan vitamin E (vitamin seks terbaik)









4. Tiram
- Kaya dengan zink yang penting bagi menghasilkan hormon kelakian (testosteron) dengan menghasilkan  jenis asid amini









5. Oat
- Bijirin yang merangsang tenaga & berahi seks







6. Halia
- Meransang peredaran & meningkatkan aliran darah ke bahagian organ seks yang penting







7.  Saderi
- Membantu meningkatkan ghairah kepada wanita & mengandungi hormon lelaki (androsterone) yang meningkatkan ciri2 maskulin.

Post a Comment

0 Comments