14 May 2010

Baru vs. Lama

Ada dua alat yang sangat berjasa kepada kami sekeluarga. Memang kami gunakan setiap hari. Kalau bukan saya yang guna, mesti suami @ anak yang gunakan. Usia kedua2 alat ni dah mencecah usia 2-3 tahun. 

Broadband baru vs. lama

Broadband (fesyen lama) tu saya beli pada bulan Februari 2008. Masa tu memang memerlukan internet sebab saya sambung belajar & banyak maklumat yang hendak dicari. Waktu tu harga alat broadband tu memang mahal. Tapi sekarang dah agak murah juga. Apa2pun sangat berbaloi menggunakannya.

 Remote control baru vs. lama

Alat kawalan jauh a.k.a remote control astro tu mula dibeli semasa kami pindah rumah pada bulan Jun 2007. Selalunya alat inilah yang kami selalu gaduhkan. Iyelah, masing2 nak tengok rancangan sendiri. Sampaikan bahagian atas remote control tu dah tercabut tapi masih  boleh digunakan lagi.

Bahagian atas remote control yang dah tercabut

Malangnya, usia kedua2nya tak panjang. Broadband tu buat hal semalam. Dah puas dibetulkan tapi tetap sama.  Remote control astro tu pulak selalu sangat terjatuh & semalam keadaannya betul2 tenat. Akhirnya, kami ganti saja broadband & remote control lama dengan yang baru.

Remote control & broadband baru :)

1 comment:

  1. Laili, remote control astro kitorang pun sama, dah 'berlubang' kat depan....hah..hah....
    nombor pun dah kedalam, nak tekan, kena tekan kuat skit....
    tu menunjukkan banyak jasa tu...hah..hah...

    ReplyDelete