Lirik Lagu Guru Malaysia

Selamat hari guru untuk mereka yang bergelar GURU.  Tarikh 16 Mei memang ditunggu2 bagi setiap warga pendidik.  Hari inilah semua orang menghargai pengorbanan & sumbangan seorang guru. Bagi saya pula, saya tak sabar untuk menyanyikan Lagu Guru Malaysia :

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 
 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Tahun ni rasa lebih seronok sikit sebab banyak ucapan yang disampaikan melalui facebook. Macam ucapan sempena hari raya pulak. Di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru2 & pensyarah2 yang pernah mendidik saya sehingga saya berjaya menjadi 'seseorang'.

Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu, terima kasih cikgu! 

Post a Comment

1 Comments