29 March 2010

Lepas geram

Entry kali ni banyak cerita tentang geram yang berkaitan peristiwa² yang berlaku pada minggu lepas :-

1. Hari Isnin - p&p + mengedarkan semula kertas ujian pelajar.

Geram sebab ada juga pelajar yang gagal dalam Ujian Prestasi 1 sedangkan soalan yang diberi adalah soalan yang senang. Kalau tidak takkanlah ada yang dapat markah 100. 

Cara mengatasi : saya akan jumpa pelajar tersebut secara 'personal'. Mungkin cara saya mengajar salah & dia tak faham soalan yang diberikan. 


2. Hari Selasa - jadi pegawai merentas desa (hakim semak) di SMKASL 

Geram sebab van yang menghantar kami ke check point berkenaan tidak muncul² tiba.

Cara mengatasi : saya dan 3 orang guru lain yang bertugas di check point yang sama berjalan kaki ala² catwalk. Jauh juga kami menapak. Akhirnya sampai juga ke garisan penamat. Oppss..kami bukan peserta tau.

3. Hari Rabu -  bertugas di padang bola sepak Balai Polis Sungai Besar.

Geram sebab tak sempat nak baca nota (jeling² sajelah) untuk interview pada keesokan harinya. Siapa suruh bawa nota pergi padang bola? Salah sendirilah..

Cara mengatasi : Pukul 4.30 pagi (hari interview) baru saya membaca nota tersebut.  Alhamduilllah, mudah hafal & faham :)

4. Hari Khamis - interview SPP di Putrajaya

Geram sebab saya tersilap jalan untuk sampai ke tempat letak kereta yang berhampiran dengan bangunan SPP.

Cara mengatasi : saya parking kereta & bayar RM1.50 untuk tempoh 2 jam 15 minit. Jalan punya jalan rupanya bukanlah jauh sangat parking tu dengan bangunan tersebut. 

Bonus : 
* saya dapat soalan agak mudah waktu ditemuduga. Alhamdulillah..
* saya dapat juga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bersama Aliyah (adik saya). Walaupun penat berjalan tapi puas hati sebab dapat beli buku ni - "saya masih belajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak".

Sinopsis  : Anda mahu anak anda pintar cerdas seperti Albert Einstein? Ataupun seperti Ibnu Sina? Ataupun seperti genius-genius yang lain? Anak pintar cerdas adalah idaman setiap ibu bapa. Tapi bagaimana mahu memiliki anak idaman seperti itu?

5. Hari Jumaat - persiapan untuk Hari Kecemerlangan + Mesyuarat Agung PIBG

Geram sebab saya tak sempat makan dari pagi sampailah balik ke rumah semula. Ni semua gara² bertungkus lumus membuat sijil & membantu apa² yang patut. 

Cara mengatasi : saya siapkan sijil² yang perlu & hantar ke sekolah pada sebelah petang. Lepas tu makanlah sekadar yang perlu.


6. Hari Sabtu - belum ada apa² perancangan (harap² bolehlah melepak di rumah aje)

Geram sebab target nak mengemas bilik tak tercapai. Demam pulak hari tu. 

Cara mengatasi : makan ubat & dapatkan rehat secekupnya


7. Hari Ahad - Hari Kecemerlangan + Mesyuarat Agung PIBG

Lebih banyak gambar Hari Kecemerlangan sekolah saya DI SINI
 
Geram sebab kena datang ke sekolah hari Ahad. Kan seronok kalau boleh berehat² sambil menonton Melodi & CSI di rumah.

Cara mengatasi : kena ikhlaskan diri untuk bekerja. Walaupun ada beberapa perkara kecil yang agak menyakitkan hati, saya buat tak tau saje. Biarkanlah dia dengan labu²nya..
.
.
.

Tapi..hari ni saya tidak rasa geram langsung sebab hari ini saya CUTI..

2 comments: