09 December 2009

Cuti-cuti Malaysia

Awal cuti sekolah hari tu banyak plan yang sudah dirancang bersama suami. Maklumlah..ini cuti sekolah yang pertama bagi saya (sebelum ni setiap kali cuti saya akan belajar di maktab).  Saya dapat 2 pakej percutian ke Pulau Pangkor dan Cameron Highland. Pening kepala juga nak pilih yang mana satu..

Masuk hari ni dah 3 minggu cuti sekolah. Kami belum pun ke mana2 (dalam erti kata berCUTI). Pagi tadi saya ditugaskan untuk menjaga pelajar SPM. Singgah ke pejabat, ternampak surat untuk saya. Hmm..surat dari maktab - sijil BTN saya sudah boleh diambil dari Unit Peperiksaan. Wah! adalah peluang untuk ke CH nampaknya..
Akhirnya, kami setuju untuk ke maktab minggu depan, setelah selesai peperiksaan SPM. Bolehlah singgah ke Lost World of Tambun & Cameron Highlands. Kali terakhir ke sana tahun 2007..waktu pertama  kali mendaftar di maktab..Nampaknya percutian kami kali ni lebih menarik sebab Amir dah pandai berdikari..

Kami bertiga di Lost World of Tambun

0 Comment:

Post a Comment