Goodie bags

Saya terima tugasan dari seorang kawan untuk menyediakan 30 goodie bags sempena mega gathering dengan kawan2 sekolah di Port Dickson hari Sabtu ni. Pening saya berfikir apakah yang perlu saya masukkan dalam setiap beg tu. Saya surf internet (untuk cari idea)..akhirnya saya buat pilihan dengan membeli barang2 di bawah :

1. 30 beg kertas (saya singgah ke kedai bunga @ kedai perkahwinan. Belek punya belek akhirnya saya pilih beg warna hitam ni. Nampak ekslusif (di mata saya lah..hehe)

2. 30 set alat tulis - pensil, pemadam, pembaris dll

3. 30 buah buku dengan kulit buku bergambar kartun 

4. belon (saya belum kira berapa jumlahnya)

5. 30 Twiggies perisa coklat

6. Air kotak Dutch Lady perisa coklat



Masih ada baki duit lagi di tangan saya. Hmm..apa yang perlu saya beli lagi ye?


Post a Comment

0 Comments